Jumaat, 24 Julai 2015 0 ulasan

estalavistah bebeh

sabtu terakhir kemaman..sementelah sebulan dua minggu, perjalanan hujan batu. disini muka puasa. dan disinilah perginya Ramadhan. tak sabar mau habiskan seminggu berbaki. tapi memikirkan exam ke esok lusa?? nasi pon ditelan pahit. hurrmm.
surhhperisse x abes2.

nak balik raya lagi. raya tahun ni 3 hari yang paling tak cukop. tapi berkumpul jugakklah 7 pendekar di bawah bukit tualang kelikir. hohoho. mohon madam bermood baik dan sudi memberi cuti. (case study tak start buat langsung. sanggup.)

walaupun dah rasa memfisiokan pak cik strok sampai boleh berjalan di atas kaki sendiri, tapi aku masih tak temukan jiwa di sini. mohon tak habess setakat di konvo.

banyaaakkk sangat belajar tentang hidup sepanjang posting kali ni. bila kita belajar dengan mendengar dan bersaksi, serasa makin kerdil dibumi. cukuplah Allah sebagai pelindung.

di hujung2 puasa tiba2 ternaktahu apa punca kewafatan kekasih Tuhan, Muhammad. rupanya kalau ada orang tanya,, aku xpasti nak jawab apa. aku jujurnya tidak pasti. malu. kat sekolah dulu ada ustazah pernah cerita Nabi pernah disua daging kambing beracun oleh perempuan yahudi. tapi aku godek2 google dia kata itu bukan puncanya. Nabi cuma demam biasa. hurmm. nanti buat research lain la. supaya tak malu nak mengaku ummat dia. heheh.

itu cerita hari tu. hari ini cerita hari ini laa. dah start kemas2 beg. padahal 5 hari lagi nak abis. muka toya je depan pt dgn staff. macamm takde perasaan. tapi hati bergolak perang dunia ketiga dah. rasa nak belari je balik. kerana dirumah ada.. Cinta.

andai kita tak berjumpa lagi. ketahuilah aku ada. dan dekat. (cehh3 bajet2 dapat power Hermione la)

#berjuangdulu5hari
#bintangkianmalapsebabselalumati
#hatimaukuat
#rendunasikkukusmamakuantan


Ahad, 7 Jun 2015 0 ulasan

jangan sampai hilang.


OMOO!! entri ini pelik kerana bersoal kisah hati.

pernah dengar cerita sang kancil dengan buaya?? jadi harus jadi kancil atau buaya?
pernah dengar dongeng belalang dengan semut di kemarau dan salji?? jadi harus jadi belalang atau semut? aku pernah ingin menjadi kancil bijak. aku pernah ingin menjadi semut rajin. lalu ada apa dengan itu?? nahh,, bukankah terlihat aslinya manusia itu menyukai kebaikan. menyukai happy ending!!
Allah takkan menguji hambanya, melainkan dia mampu..
aku bukan baik, alim jauh lagi. main2, jahat, bersangka buruk, lembab,bukan senyum tapi gelak, cengeng, menyusahkan orang, malas dan apa lagi pada aku.

hati2 kalian besar kuat dan tabah. tahan diuji untuk bermain dengan hati.
hati aku kecik je. saiz s. dan masih diusahakan untuk selalu menjadi milik Tuhan. tapi dalam ruang tak cukup itu aku telah punya sebuah cinta besar. tulus pada seorang lelaki.
jangan kalian merampas hati aku yang tak cukup saiz. tolonglah paham. aku tak suka sikap kalian. jangan taksub bermain dengan hati manusia.

orang2 akan berkata, kau kenapa tak bersyukur,, untung dah tu ada orang nak usya! kalau muka bidadari oke je nak maen rijek2 orang. hahahaha. muka bidadari? entahh. tetibe.
tapi mintak maaf. aku takut sebab aku tahu bahu ayah tak kuat menanggung senget ke kiri. dan nanti ayah akan malu kalau kena soal kenapa tak jaga anak biar jadi kancil dan semut.

selagi Tuhan belum sampaikan aku di masanya. mari kita bercinta sesama manusia dibatasnya. jangan kalian memaksa aku membesarkan hati. kerana jika dia sampai ke klimak fleksibiliti dan pecah, kalian takkan sudi bertanggungjawab bukan?? sebab luka hati tak mudah settle dengan ubat kuning..

aku tak seorang kuat yang berhujah tegas menjadi pendakwah lantang berdiri di kalangan orang, cumanya berharap hidup dan matiku masih milik Tuhan.
aku tak sealim teguh sahabat syahid tersenyum di tanah perang, cumanya berharap harapanku masih cinta dari Tuhan.

#serabutospe
#serabutoranggila
#cepatlaapulangkedesa
#nakbalikgaliubiubaytanam

Ahad, 31 Mei 2015 0 ulasan

bahan baham bahan

macam baju turun kaler. rupanya fobia aku kat orang ramai ada lagi.
ingatkan hujung2 minggu pergi pasar malam dah oke dah. sekali pergi mood republik teman geng mak2 datin kena duk kat luar je. hurm xpelah daripada tinggal semsoram kat bilik. muahaha. duduk kat tangga pon jadilah. asal tak duk buat hal muntah kat baju mahal mana2 datin sebenar..mau makan kaki buat singgah sahur. huhu..

tapi naseb baek jumpa Nik Abduh. offo. petah berkata-kata budak tuh. makin naik pening aku dibuatnya. bijak bebenor. naseb baek aku waras. kalau tak dah culik bawak tinggal di mahallah.

cerita hari ni semuanya tak jadi. exam nak surprise. nak tenang ponn tersurprise. muntah nak surprise. hurm. sebenarnya nak marah kat diri sendiri. sapa suruh amal teknik stadi macam tu. tapi masing2 la kan,, terpulang laa. yedop? aku dah terbiasa kalau xde esei stadi macam mesin scan je. dengan harapan masa exam mata jadi sinar laser ke apa. sampai tembus metafizikal. kalau tau ada esei aku stadi la macam pensel karbon. ada la usaha nak conteng memane. samkit la. lagi sakit, bila nak marah..tinggal boleh marah kat diri sendiri jep.

xpelah. hari ni menjumpai Nik Abduh di tangga Zenith dah buat aku dapat fikiran baru. Terima kasih Tuhan. xterbalas. (malangnya kamera xcantik nak bergambar dengan dia..xkan nak suh mama dia ambikkan guna mama dia punya kamera pulak, mak2 datin pulak sakannya la disinari mood republik) huhu.

bersinarlah bintang terang sampai aku lupa gelapnya malam!!!
Jumaat, 29 Mei 2015 0 ulasan

air tapisan.

"menjadi tuli. bisu. dan buta. sehingga tidak dapat kembali.."

#kml (kenang masa lalu) sambil ber- angin kencang Noh Hujan
teringat Matain dan Siti Hawa, sedih cerpen tu. kat mana lah nak cari balik buku teks tu.
komsas tingkatan 2 kah??
lupa. sebab masa kecik bila minum air tengok ada mayat semut tak buang pon air tu. buang mangsa je.dah besar2 jadi pelupa sikit.

arghhhh. exxxaammm belom settle. mintak maap pada adikku yang selalu berusaha keras. daku bukan malas. tapi tak pernah tahan sejuk. dan terbiasa cek dua kali je tiap kali exam. kalau cek kali ke3 mesti gatal nak tukar jawapan..
lagipon iolls K-er. mana boleh duk satu tempat lelame.
muehehe.

dan maharani turun dengan segala dayangnya
menjengah air di taman tulip
berharap bulan itu milik dia
hanya picisan
takkan menjadi teman
hujung ke hujung
mimpi anak kecil sebesar kain perca
bukan bintang tapi kelip kelip
bukan bulan tapi pelita ayam
dan demi maharani serta seluruh rakyatnya
takkan setanding milik dia
mimpi itu lebih indah dari senyum bulan
lebih terang dari kerdip bintang
kerana kepunyaan dia
sebuah bahagia


yohohoho yohohoho
sanggupla motor tu nak langgar i. aku ni tembok ke apa???
choii marah ke bam kitorang masuk mahallah uolls. haaa cuba kita tukar cafe. korang rasa laa nak kena hadap cikin chop hehari. aku ni perut melayu tau. bawak motor kat dalam kawasan mahallah pandai2 la bawak slow cermat hati2 dan segalanya. tau dah aku ni tak pandai lintas jalan. kau bawak motor hati2 la. nak betanggungjawab ke kalau i buat2 pengsan? baru rasa nanti.
Ahad, 24 Mei 2015 0 ulasan

joker

jangan jadi confounder dalam hidup aku woii!! i don loike~
lalu bisikan halus yang menerjah aku tepis dengan keras.
hurm, gaya nak buat komik pahlawan berpedang pulekk.

penim tengop biostat bab last2 ni. mungkin sebab tak buat asaenmen, so tak boleh nak nampak kat otak. awan gelap semacam. dan aku..heeehee karok lagu dan takleh move on lagi..

kenyang karok pom boleh. daripada melalak baek lah buat summary biostat oii, adoii kenapa mood hilang sehh. hanyut ke tasik kering manakah..

rasa nak tarik rambut orang! sorang dah kena..muahahaha..

one piece?? ayyo.. Mr. Trafalgar Law!! coolnya kamoo,,

 nostalgia majalah 3 yang dulu, sebab sekarang majalah 3 dah laen..dah kurang menarekk..mihmih
kisah burung yang setia pada pasangannya. burung apa? entoohh!
burung hantu barn? ermm sebab kepala dia bentuk love.. bestnya kalau bolehh jadik kru national geographic. boleh mengembara ke serata dunia!! tapi kena cakap omputih..oo takmo lah~

sebut pasal burung hantu, dulu banyak je memalam singgah kat pokok sebelah rumah dengan pakej bunyi seram dia tuhh..tapi lepas tamat riwayat pokok tu, dengan dia2 sekali hilang,,, hurm bumi sekarang dah berubah. dulu tengok burung hantu ikut tingkap je, sekarang sampai kena pegi zoo~ esop lusa beli tiket muzium kahh..
Khamis, 21 Mei 2015 0 ulasan

rezeki gajah!!

sodappnya benda nihh. teringin nak buat sebelah umi. tapi tukang merasa jela. kehkeh  tapi Alhamdulillah, di kelas last komuniti servis Cekgu Abi sudi belanja kami cikin chopp. muahaha. rezeki tak ke mana sis~ tak dopek laksa, cikin cop sodapp jugekk.

kesimpulan kelas terakhir-- by Enche Cekgu Abi:

benda yang kita tak suka yang datang kat kita, jangan biar ia mendominasi kita, tapi biar kita yang manipulasikan benda tuh. fuhh.. satu lafaz.
 tgop macam saya, saya tak pernah bercecita nak jadi lect. akaun tapi tup tup, jadi jugak. cuba awak bayangkan bagaimana memberontaknya jiwa saya. tapi melihat dari segi gaji, itu satu kelebihan pulakk bagi saya.. apa yang saya harapkan, moga boleh la mengurangkan korang punya stress ke apa, haha walaupon mungkin tidak mampu membantu..

ya, cekgulah salah satu contoh yang mana, dah tersurat..boleh jadi kita tak suka tapi yang itulah yang kita dapat, dan yang kita suka, itulah yang tak dapat dapat.

so..teruskanlahh sikit lagi kat sini..kerja kejap lepas grad, pastu tenung masa lalu dan buat keputusan mahu ke kiri atau ke kanan.

duk dlm kelas, tup tup ayoh su call semata nak pesan, uno jangan buas dehh, jangan buas koksey kokdey..buas oghe besar ni laen cket. kalu ayoh su tau uno buas, kecoh la spital kuantan ado budop make nappa!! omg..

apekehe my beloved ayah su ni.. godek2 rupanya gadis itu bertunang dengan pilihan keluarganya. oh oke. dia tengah sedihh. dan malangnya punya anak sedara speechless bab2 lovey dovey. adoii.

#mudahterhiburtapitakretimenghibur

Rabu, 20 Mei 2015 0 ulasan

ihsan pada diri


dah berapa kali sampai kat tempat ni, macam dalam rumah tapi tiba2 dah kat luar yang macam hutan. takde rasa takut cuma tertanya-tanya, apa sebenar tempat ni. asing tapi acap kali muncul. ada sister tu tenung aku. ada tangga antara 3 bilik. kat tengah laut, tiba-tiba suara lelaki bergema di langit.

'kalau kamu sujud syukur..kita akan berjumpa'

terus cahaya kembang berserakkan tembus sampan membuai di air tenang.

20/5/15 - mimpi paling pelik seumur hidup di pagi hari. yang lagi pelik, aku bangun dan terus sujud syukur.

hurm. dan mulakan pagi dengan pertanyaan paling berat. apakah aku diseru orang jauh yang tak tercarikan. atau dah meninggalkah dia di mana-mana. aku dah makin lupa raut dan senyum. tinggal hanya bayang dan kertas lukisan.

atau mungkin sekadar mimpi mogok exam. haha. betul dah tuh. pengajaran bagi orang- orang malas. kerana membuang masa adalah tidak disukai Tuhan.

dengan semangat taknak malas maka berlakulah diskusi kecil hari nih. haha. betul dah adek2 aku bilang, kalau kakaknya ini enggak bisa kok jadik itu namanya guru. nota otaknya tak tersusun, percakapan merapu, penyampaian tak jelas.. dan memang aku tak pernah pasang cecita chekgu ponn.

tapi bahagia ialah bila kita yang buat orang laen rasa gumbira. mungkin aku tak buat benda besar pon, join bincang pon dengan orang-orang hebat kott, bukannya budak2 pra sekolah..tapi itulah berjaya jugakk habiskan separuh tajuk!!!! yippi..

#sebbaekkelaskomunitiservisbolehbuatkejesendiri
#banyaktakstadilagi
#bilamalammoodtgopcitermembuakbuak
 
;