Ahad, 6 Disember 2015 0 ulasan

hitam mata

jatuh bangun berhubungan.
menjadi penyejuk mata penenang fikiran.
memberikan aku percintaan dalam persahabatan terindah.
terima kasih Tuhan.
maaf andai aku leka tertawa padahal itu di saat kafanku ditenun.
maaf andai aku melukakan jiwa-jiwa sakit kerana berkasihan.
untuk saat ini pada detik aku tersedar, syukur paling besar untuk paling Berhak.
untuk detik ini pada aku gagah terbawa dan membawa, puji paling tulus untuk paling Agung.

pinta, bila kaktus sudah berubah warna
bila hujung kuku sudah kosong
orang-orang berkasihan itu ada namaku.

Ahad, 13 September 2015 0 ulasan

serupa

berat menanggung beza.
penat tak punya tahu.
kita tak sama.
tapi kenapa aku yang harus tahu.
paham bukankah dari keduanya.

cinta datang dengan berat.
tali sahabat ini bukan kejap.
tapi sesekali kumerasakan lelah.
penat menjadi orang sebelah.

terimalah aku dengan adanya.
Isnin, 31 Ogos 2015 0 ulasan

pause bole..?

tegak berdiri yang dulu tidak lagi teguh
tak kuhadap sakit dihujung hati yang paling tengah
apakah jalan ini salah dari muka
atau menunggu tuai di hati suka
aku merindu
pada banyak wajah wajah
tapi tercalit cemar oleh luka dan duka
rona dunia


homesick makin teruk dan melarat., presentation dan case stadi tak siap2. pengajaran besar kali ini.kalau ayah suruh buat. jangan nak penat sangat. sebab bila jauh rasa terkilan. 
Jumaat, 24 Julai 2015 0 ulasan

estalavistah bebeh

sabtu terakhir kemaman..sementelah sebulan dua minggu, perjalanan hujan batu. disini muka puasa. dan disinilah perginya Ramadhan. tak sabar mau habiskan seminggu berbaki. tapi memikirkan exam ke esok lusa?? nasi pon ditelan pahit. hurrmm.
surhhperisse x abes2.

nak balik raya lagi. raya tahun ni 3 hari yang paling tak cukop. tapi berkumpul jugakklah 7 pendekar di bawah bukit tualang kelikir. hohoho. mohon madam bermood baik dan sudi memberi cuti. (case study tak start buat langsung. sanggup.)

walaupun dah rasa memfisiokan pak cik strok sampai boleh berjalan di atas kaki sendiri, tapi aku masih tak temukan jiwa di sini. mohon tak habess setakat di konvo.

banyaaakkk sangat belajar tentang hidup sepanjang posting kali ni. bila kita belajar dengan mendengar dan bersaksi, serasa makin kerdil dibumi. cukuplah Allah sebagai pelindung.

di hujung2 puasa tiba2 ternaktahu apa punca kewafatan kekasih Tuhan, Muhammad. rupanya kalau ada orang tanya,, aku xpasti nak jawab apa. aku jujurnya tidak pasti. malu. kat sekolah dulu ada ustazah pernah cerita Nabi pernah disua daging kambing beracun oleh perempuan yahudi. tapi aku godek2 google dia kata itu bukan puncanya. Nabi cuma demam biasa. hurmm. nanti buat research lain la. supaya tak malu nak mengaku ummat dia. heheh.

itu cerita hari tu. hari ini cerita hari ini laa. dah start kemas2 beg. padahal 5 hari lagi nak abis. muka toya je depan pt dgn staff. macamm takde perasaan. tapi hati bergolak perang dunia ketiga dah. rasa nak belari je balik. kerana dirumah ada.. Cinta.

andai kita tak berjumpa lagi. ketahuilah aku ada. dan dekat. (cehh3 bajet2 dapat power Hermione la)

#berjuangdulu5hari
#bintangkianmalapsebabselalumati
#hatimaukuat
#rendunasikkukusmamakuantan


Ahad, 7 Jun 2015 0 ulasan

jangan sampai hilang.


OMOO!! entri ini pelik kerana bersoal kisah hati.

pernah dengar cerita sang kancil dengan buaya?? jadi harus jadi kancil atau buaya?
pernah dengar dongeng belalang dengan semut di kemarau dan salji?? jadi harus jadi belalang atau semut? aku pernah ingin menjadi kancil bijak. aku pernah ingin menjadi semut rajin. lalu ada apa dengan itu?? nahh,, bukankah terlihat aslinya manusia itu menyukai kebaikan. menyukai happy ending!!
Allah takkan menguji hambanya, melainkan dia mampu..
aku bukan baik, alim jauh lagi. main2, jahat, bersangka buruk, lembab,bukan senyum tapi gelak, cengeng, menyusahkan orang, malas dan apa lagi pada aku.

hati2 kalian besar kuat dan tabah. tahan diuji untuk bermain dengan hati.
hati aku kecik je. saiz s. dan masih diusahakan untuk selalu menjadi milik Tuhan. tapi dalam ruang tak cukup itu aku telah punya sebuah cinta besar. tulus pada seorang lelaki.
jangan kalian merampas hati aku yang tak cukup saiz. tolonglah paham. aku tak suka sikap kalian. jangan taksub bermain dengan hati manusia.

orang2 akan berkata, kau kenapa tak bersyukur,, untung dah tu ada orang nak usya! kalau muka bidadari oke je nak maen rijek2 orang. hahahaha. muka bidadari? entahh. tetibe.
tapi mintak maaf. aku takut sebab aku tahu bahu ayah tak kuat menanggung senget ke kiri. dan nanti ayah akan malu kalau kena soal kenapa tak jaga anak biar jadi kancil dan semut.

selagi Tuhan belum sampaikan aku di masanya. mari kita bercinta sesama manusia dibatasnya. jangan kalian memaksa aku membesarkan hati. kerana jika dia sampai ke klimak fleksibiliti dan pecah, kalian takkan sudi bertanggungjawab bukan?? sebab luka hati tak mudah settle dengan ubat kuning..

aku tak seorang kuat yang berhujah tegas menjadi pendakwah lantang berdiri di kalangan orang, cumanya berharap hidup dan matiku masih milik Tuhan.
aku tak sealim teguh sahabat syahid tersenyum di tanah perang, cumanya berharap harapanku masih cinta dari Tuhan.

#serabutospe
#serabutoranggila
#cepatlaapulangkedesa
#nakbalikgaliubiubaytanam

Ahad, 31 Mei 2015 0 ulasan

bahan baham bahan

macam baju turun kaler. rupanya fobia aku kat orang ramai ada lagi.
ingatkan hujung2 minggu pergi pasar malam dah oke dah. sekali pergi mood republik teman geng mak2 datin kena duk kat luar je. hurm xpelah daripada tinggal semsoram kat bilik. muahaha. duduk kat tangga pon jadilah. asal tak duk buat hal muntah kat baju mahal mana2 datin sebenar..mau makan kaki buat singgah sahur. huhu..

tapi naseb baek jumpa Nik Abduh. offo. petah berkata-kata budak tuh. makin naik pening aku dibuatnya. bijak bebenor. naseb baek aku waras. kalau tak dah culik bawak tinggal di mahallah.

cerita hari ni semuanya tak jadi. exam nak surprise. nak tenang ponn tersurprise. muntah nak surprise. hurm. sebenarnya nak marah kat diri sendiri. sapa suruh amal teknik stadi macam tu. tapi masing2 la kan,, terpulang laa. yedop? aku dah terbiasa kalau xde esei stadi macam mesin scan je. dengan harapan masa exam mata jadi sinar laser ke apa. sampai tembus metafizikal. kalau tau ada esei aku stadi la macam pensel karbon. ada la usaha nak conteng memane. samkit la. lagi sakit, bila nak marah..tinggal boleh marah kat diri sendiri jep.

xpelah. hari ni menjumpai Nik Abduh di tangga Zenith dah buat aku dapat fikiran baru. Terima kasih Tuhan. xterbalas. (malangnya kamera xcantik nak bergambar dengan dia..xkan nak suh mama dia ambikkan guna mama dia punya kamera pulak, mak2 datin pulak sakannya la disinari mood republik) huhu.

bersinarlah bintang terang sampai aku lupa gelapnya malam!!!
Jumaat, 29 Mei 2015 0 ulasan

air tapisan.

"menjadi tuli. bisu. dan buta. sehingga tidak dapat kembali.."

#kml (kenang masa lalu) sambil ber- angin kencang Noh Hujan
teringat Matain dan Siti Hawa, sedih cerpen tu. kat mana lah nak cari balik buku teks tu.
komsas tingkatan 2 kah??
lupa. sebab masa kecik bila minum air tengok ada mayat semut tak buang pon air tu. buang mangsa je.dah besar2 jadi pelupa sikit.

arghhhh. exxxaammm belom settle. mintak maap pada adikku yang selalu berusaha keras. daku bukan malas. tapi tak pernah tahan sejuk. dan terbiasa cek dua kali je tiap kali exam. kalau cek kali ke3 mesti gatal nak tukar jawapan..
lagipon iolls K-er. mana boleh duk satu tempat lelame.
muehehe.

dan maharani turun dengan segala dayangnya
menjengah air di taman tulip
berharap bulan itu milik dia
hanya picisan
takkan menjadi teman
hujung ke hujung
mimpi anak kecil sebesar kain perca
bukan bintang tapi kelip kelip
bukan bulan tapi pelita ayam
dan demi maharani serta seluruh rakyatnya
takkan setanding milik dia
mimpi itu lebih indah dari senyum bulan
lebih terang dari kerdip bintang
kerana kepunyaan dia
sebuah bahagia


yohohoho yohohoho
sanggupla motor tu nak langgar i. aku ni tembok ke apa???
choii marah ke bam kitorang masuk mahallah uolls. haaa cuba kita tukar cafe. korang rasa laa nak kena hadap cikin chop hehari. aku ni perut melayu tau. bawak motor kat dalam kawasan mahallah pandai2 la bawak slow cermat hati2 dan segalanya. tau dah aku ni tak pandai lintas jalan. kau bawak motor hati2 la. nak betanggungjawab ke kalau i buat2 pengsan? baru rasa nanti.
 
;