Selasa, 28 Jun 2016 0 ulasan

y so weak

ada beberapa sebab kenapa bila marah aku berdiam.
satunya, takut bila bersuara, jadi berlebihan
keduanya, tak pernah tahu cara marah paling betul.
*sebab marah bukan sifat yg betul.

dont bother to worry
me, not worth it

masa itu
dikala aku berdiam
cuma mengambil masa
kepalaku bukan dengan membenci kalian
tapi ceritera hidup lewat angkasa
lagi luas dari semesta
cuma berpikiran
agar sedar sendiri
dan tidak lewat hingga kehilangan

jadi
jangan risau atau khuatir

biar aku marah dengan diam

Isnin, 27 Jun 2016 0 ulasan

AnE

1247 am. bru sedar. td mamai2 lagi masa chan kejut kata fren ad emejensi. begitulah perancangan.
hanya mampu difikir diingat tapi belum tentu bakal sempurna.
kerana sebaik perancangan adalah dari Allah.

balik camano jang?
jeng jeng jeng
kita nak ikot flow tapi tak bersungai
tadah tangan mohon kat Allah
biar bagai bulan jatuh ke riba?
mungkin..

patutla tadi mimpi duk dalam bilik bedah
ada emejensi ghopernya.
lol
nak kata kau sufi kah sampai mimpi menjadi fakta
hurm
aku mamai lagi ni


arghhhh
guguguguugugugugugu
Sabtu, 16 April 2016 0 ulasan

belated stoberi n tea

woaaaaaa indahnya Malaysia!!!
cehh cenggitu haa..





2/4/16. lawatan kelas? heheh xlah.. lebih kepada lawatan kawan2 yg tetibe. semua yang ingin lari.
perjalanan pancaroba yg penuh drama. nak decide nak pegi k x ponn dah satu hal besar. dak2 fisio nih kalu x last minute xsah.

kete nak pijak ular lah, kete kena tahan kat entah sapa2 kat atas bukit lah, tukang bawak kete suka tgok pemandangan lah...adoiii

tp last2 dpt jugakk petik stoberi guna tangan kanan sndiri. padahal rasa sama je tp..entah nilai estetika? beremosi? entah la belalang..


haa todia, sesi lakonan uolls. jgn memain. darah retiss terkobarkobar dalam arteries ni, buwekk. muka nk kasi angkat ponn malu kott

dan bila dah berlalu 16 hari dah.. teringat ingat lg cameron, petik stoberi, first time maen game ketuk2 <-- syera ajar. choii hahah,, renduu damai yg dah meleset dalam course nih.
Rabu, 10 Februari 2016 0 ulasan

selepas 24 hari

lepas apa yang bertimpa2 ni.
selepas 24 hari
hari ini baru aku tersentap kuat
jatuh jauh dari tangan senada

aku akan kerah sehabis daya
cuma bukan lagi budak yang dulu
biar aku memberontak dalam diam
sebab api aku takkan pernah membakar engkau

bila diberi nikmat, kau kena tahu yang Allah sayang kau
bila diuji berat, kau kena tahu Allah selalu dekat dengan kau
Khamis, 21 Januari 2016 0 ulasan

A.D

AD ni kura2 besi dekat rantai tangan free aku.
nampak buruk tak senonoh semua benda, tapi dekat dia lah terkumpul semangat dan chenta adek beradek aku.
bila jatuh berguling-guling aku akan genggam AD. mengharap Allah ingatkan yang aku ada jiwa2 yang sentiasa sokong dan berdiri sama-sama aku.
walaupon macam sekarang dah 3 hari tapi aku masih tersungkur lagi, suatu masa aku akan bangkit balik.
sang Tuhan tolong dekat dengan aku.
harapnya kekecewaan ini berhenti, diganti kebangkitan baru walau selepas hujan tak muncul pelangi.
Selasa, 19 Januari 2016 0 ulasan

berharap tiada

dahsyat sungguh ujian duniawi. punya susah nak rasa buang topi konvo nanti. hurm. sakit mata nanges keluar darah pon pejabat hujong tu masih sama. masih serupa.

seeloknya kau jangan berharap lagi.

harapnya hati bertahanlah. bertabahlah duhai diriku.
sakit.
staff laki tu tanya, awak oke x?
aku gelak2 je sambil slow2 tulis jawapan goreng..sakit je.
dalam hati, xpe selagi tak mati.
tapi jantung tu dah tak berapa sihat sangat.

selalu duduk dalam kerja yang macam belacan aje.

sooooo. esokkah? tunggu la lagi kita. tunggu habuan besar esop2. mana tau Dia bagi hidup panjang nak bahagiakan dua muka tua tu nanti.
yang ni berharap takpe. pengharapan mutlak.
Sabtu, 9 Januari 2016 0 ulasan

anak kampung.

terlalu banyak berkeringat mengintai asbab sedangkan hidup cuma segenggam. terlalu tinggi memandang langit sampai lupa kaki masih tetap di bumi.

sementara masa berdetik di ruangan jantung, kayuhlah roda hidupmu sendiri. jangan menunggu terputar sendiri kerana takdir lukisan di hujung jari.

fuhh. terlalu bosan media marhaen sekarang. dalam azabnya hidup bertualang, masih ramai kukira hanyut dengan hal2 remeh. kau dan aku tidak saling kenal, tapi kerana bermedia kita bakal menjadi musuh segera. lagi senang dari maggi 3minit. bahkan mungkin dalam satu saat, kau mampu membina puluhan malah ratusan kepala dan hati yang bakal membenci. itu hakikatnya, sudah sakit negara bertuahku.

aku rindu jauh. jauh ke hutan.
aku rindu damai. yang rumahnya tidak berpagar.
kerana hati2 sudah bersatu, tangan tetangganya masih jitu.
aku rindu terbang walau tidak tinggi.
jauh meresap bersatu mimpi dan realiti.
membenam jenuh ke dalam jernihnya sungai.
air rahmat yang menelan segala pahitnya berhidup.

namun,
bumi sudah tua,
dan penghuninya ramai yang buat2 lupa.

 
;