Ahad, 21 April 2019 0 ulasan

La vie est belle

Ak menyalami dan ucap selamat hari lahir umi.
Cuma itu, dalam dada banyak lafaz yang tersimpan.
Tapi karakter famili zulkifli memang tidak menzahirkan isi laut, biar ombak dan bayu menerpa dan memahamkan.

Jika dikeluarkan tidak cukup syair di atas bumi, tidak cukup kasih untuk diterimakan kerana pengorbanan umi tidak terbayangkan.

Dan dgn begitu, ak melangkah keluar lagi. Berkayak ke Bangi. Untuk semua yg kutopang di bawah siku untuk bersatu di tempat yg lebih baru. Yang lebih biru. Tapi dlm hati x pernah x rindu. Kerna ada cuma satu ibu.

Semoga panjang umur umi. Tunggu sekejap. Akn kusembahkan dunia seisinya.

Khamis, 13 Disember 2018 0 ulasan

marah kucing

jumaat half day, balik rumah sampai beranda tu dah ada bau yang menusuk.. panas dan sakit hati..tak termasuk lagi masalah staf kat klinik..

oke takpe. sampai depan pintu datang kucing yang tadinya berkubang di dalam najis sendiri meluru nak ikut masuk pintu.

kotor takpe lagi..tapi ak genetik dalam saraf takut kucing..memang terus tertinggi suara la pada yg bukan manusia itu.

Ya Allah (nada tinggi yg sgt menyampahkan sambil mata berair dah nk mnangis sebab sorang3 takde sape nak halau kucing)

Terus jiran tu keluar dan tengking kucing dia ajak masuk. baru pandai nak tutup sangkar walaupun masih tak pandai nak bersihkan ketahian yg penuh pada lantainya.

Allahu..dah masuk bilik tenang sikit terus teringat muka yg bukan manusia itu. Ya kesian. Tapi ak geli dan takut. Tapi rasa bersalah.

Kenapa nak jaga tapi tak jaga. Memiliki bukan bermaksud boleh buat sesuka hati.

Kalau ko sayang dia jangan bagi dia tido dan berguling atas najis sendiri sebab kau malas nak bersihkan sangkar. Kucing jaga 3 ekor, sangkar cuci seminggu sekali..tahi dah jadi alas tidur ko rasa???

Maaf.

Selasa, 11 Disember 2018 0 ulasan

BOLA

terlalu lama sudah memendam cinta pada bola, malam ni memecah pantang join geng lepak mamak tengok malaysia-vietnam (gadis key eil hasanah menjelma)

uuu tudia penangannya. adrenaline begegak gempita. sampai ada satu detik terlampau leka dengan debaran gol..dalam masa semua menjerit telinga sampai berdesing. tik. jangan sampai koyak gegendang kerana gendangan luar.

senyap dalam bingit. hati paling dalam insaf..maafkan hasanah jika ini lalai..hasanah suka ya Allah..jangan uji dengan kesakitan..

desing hilang..dan gol. dan hasanah dengar, normal. bisa senyum kembali. terima kasih tuhan. tapi tadi amaran. yang harus difikirkan.

2 saat  yang senyap selepas tik sudah menggetarkan seluruh rohku..bagaimana kematian nanti..
lesson learnt.

Ahad, 9 Disember 2018 0 ulasan

Dia mulai marah

Ak rasa dah susah sebanyak mungkin. Mengajar diri sendiri untuk membalas dan memberi. Itu yang sampai kekadangnya ada keluhan di hujung-hujung lelah.

Tanpa kebayang di balik pintu yang lain..ada yang jauh lagi berat dengan kelelahan. Ak terlalu sempit pada yang sakit sedang yang sihat semakin parah.
Mereka sudah besar. Mereka mulai berfikir dan bercanggahan.

Kuatkanlah hati budak-budak kecil itu yang sekarang badannya sudah berkembang dewasa. Terbiasa bersusahan dengan orang yang kehilangan kudrat sehinggakan mereka sendiri terabai ke tepi.

Salah dari ak kerana sempat lupa.
Rabu, 31 Oktober 2018 0 ulasan

Taqwa itu sebagiannya Ikhlas

:)

Ikhlas, tapi ak suka sebut ekhlas berbanding ikhlas. Bunyinya klasik. Apa- apa aja.

Ada auto play kat youtube, termain lah satu video, tak ingat dah tajuk apa sebab pagi2 kebetulan sekilas lalu masa tengah siap2 nak berjuang.

Bunyinya lebih kurang, "Taqwa itu sebagiannya ikhlas. Memang mudah merasa ikhlas..?" Dan seterusnya..

Tak ingat sangat kandungan tepat butir bicara abam youtube, tapi hari ni, ada sorang staf cawangan lagi satu cakap sedih sebab semua orang capai KPI, dia je tidak. (Padehal cawangan ak, berlambak tak capai, hikhik)

Sebab dia sedih, kata2 pun tak dapat keluar kerana lama cuba menafsir apa yang terbaik harus dilontar. Takut makin terhiris dan dilema, sedang dalam hati tahu itu cuma masalah kecil dan tiada keperluan untuk dihitung penyesalan.

Tadi cuma dapat bagitau, alahh takpe, sekurangnya dah bantu sekian2 orang pesakit, dah banyak tu, lagipun masih maintain sama dengan bulan sebelumnya. Asalkan rawatan kita berkualiti dan membantu, jangan tengok sangat pada bilangan. Cuma dalam hati gentar, bimbang terbidas kerana telinga yang paling dekat ada di kepala sendiri.

Ada saja waktu yang rasa tidak bersyukur terpelanting dari dalam diri. Terluah dengan dengusan dan bentakan kecil pada kerja2 yang tidak pernah menjauh.

Moga Allah maafkan.

Bekerja dalam bidang melibatkan orang2 memang beginilah. Harus banyak belajar memahami sifat dan sikap. Memahami, bukan menghukum.

Opss, eksaited pulak tulis blog sebenarnya dua tiga hari lagi nak gaji ni, tak sabar. Sebab akhirnya bulan ni ak dengan along berjaya kumpul duit belikan ayah kereta :)

Dia dan boleh jalan. Pakai tongkat. Dulu dah mintak kalu makin sihat nak kereta sebab kos travel hospital memang meninggalkan parut yang dalam.

Tapi sayang kereta tak warna merah, kalu tak boleh nyanyi bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta :D

OPSSS

My Bad
memang dua tiga hari ni cakap bersimpang siur tak tahu mana kepala mana ekor. Ni debaran nak buat slides talk kat Petronas ni.. (Tutup blog, bukak google scholar)
Isnin, 29 Oktober 2018 0 ulasan

dongeng kasut koyak dan shopee

bunyinya sangat cinderella bukan? herherher

bukan. ini kisah marhaen sahaja.

bermula dgn nak dijadikan cerita sampai saat ini tak ada lagi rezeki berkenderaan, tapi Alhamdulillah dua kaki gagah masih steady (brg pinjam juak)

dulu waktu belajar ada syero, nak kemana2 tinggal bagitau je. senang punya kawan untuk disusahkan😅

tup tup, sekarang ni bah waktu keghoje pon nak kena menumpang jugak. mungkin hingga saat ini Tuhan nak didik hati keras menjadi tebal dengan malu dan menghimpun qanaah. biar berputik dan bertunas.

cuma. manusia. kadang tebal pon tak tebal mana. sudah usaha seboleh mungkin nak kurangkan menyusahkan orang. buatnya pulak kalu ada patient malam. barai mencari grab. sekali lagi, takpe Tuhan tolong.

ops, ni nak citer lain, pengenalan sudah 10 perenggan😂

maap. sebenarnya nak citer kesalahan penilaian mata seorang aku. ye, masih manusia, belum kerusi.

alkesahnya dulu, kalu tengok kekawan shoping online pakai shopee atau lazada, terkutik di hati, beruntungnya dia wahai Tuhan. aku nak.

srett, minggu lepas mai la budak simosh lepak bangi, suruh install shopee kat fon bila aku kata susah nak keluar cari kasut koyak.

apaaa??? zoom in n out macam dalam sinetron. apaan sehh, emang adek gue fasih shopee ye??

macam2 difikiran, budak ni melecehkan ke duit pembiayaan mara dia, atau dia terpengaruh ke dengan kawan2 taraf tinggi, atau apa dan apa lagi.

rupanya. pelajaran kemas. pelajaran mendidik hati aku sendiri. dia ckp pakai shopee kalu pakai ilmu tu lagi jimat. tak menyusahlan orang. banyakkan membaca, buat kajian. gunakan hak dapatkan barang terbaik ikut kemampuan.

okeeeyyyy. aku diajar.
jangan menilai apa pun penulisan Tuhan dengan logik akal cetek. nilai dengan sentiasa mengingati besarnya rahmat Dia.

kerana penilaian logik jika tersalah ialah palsu. penilaian berlandaskan kebesaran Tuhan tak pernah meleset kerana Dia satunya Maha Besar.

at least, dalam aku tidak bersyukur dan membandingkan diri dengan kelebihan orang lain pun Dia masih sudi nak temukan aku dengan hikmah drama dunia. aku tidak ditinggalkan.

p/s xtau bebel apa, jenguk shopee sat, sekurangnya dapat mimpi poi shoping mall🤗

Selasa, 25 September 2018 0 ulasan

jangan penat

hidup untuk menggembirakan orang jangan penat
kerana kegembiraan dari Dia maha hebat😊

sadisnya cerita hari ni, diuji terkunci di dlm bilik saat kesubuhan

lalu lahirlah tombiruo anggerik pecahkan pintu, tak dpt buat apa, tombol rosak

kesal dlm hati, aduhh kenapa waktu ini, saat ayah nk pakai duit, adik nak pakai duit, ni nak kena ganti pintu, grrr

zapp. ouh ini ujian. kita diuji dgn kata2

minggu lepas masa turn tazkirah kat centre temanya tentang timing Tuhan, yg tak pernah delay. semuanya tepat waktu.

jeng jeng jeng. nak teguhkan iman? nahh ini la ujian dia, adakah kau nak sabar atau nak merengek salahkan ketepatan masa satu2 peristiwa.

ayuhh bersabar anak kecil, niatkan nk mudahkan org. org pon bukan org lain, itu keluargamu.💙💙

 
;