Jumaat, 24 April 2020 0 ulasan

Peluang Kedua

Ambik mood lepas dengar lagu Peluang Kedua tapi lagi suka cover sebab tetap rasa suara penyanyi asal tak kena hahahahah
Hasanah cuba cari bahan untuk ebook, lompat-lompat jugak kadang-kadang supaya fizikal masih siuman, tengok movie yang download kat kissasian, main game, selalu jugak ada meeting dengan bosses of Physiogo, update cerita hangat kat gurls only atau kat tarikh bila tarikh..

Masih dalam proses belajar untuk tidak sakit dari mengingati.

Cuma, hasanah rasa aktiviti dalam otak memang jenis yang hyperactive. Mungkinkah hyperactive dengan tujuan untuk lebih memahami. Macam solat kan bila angkat takbir, masa yang sama ada lafaz Allahu Akbar,masa yang sama otak faham maksudnya Allah Maha Besar, masa yang sama hati memahami dan mengagungkan Dia kerananya.

Tapi untuk hal yang lainnya, bila otak mula dengan modus hyperactive,hati kena bersedia dan belajar untuk selalu tegak di tempat yang betul. Hati jangan rebah cuma kerana otak kadang-kadang mampu mengeluarkan file memory, tapi tak cukup bertanggungjawab nak terus bagi file atau apps lain untuk bantu pemulihan.

Hingga memerangkap ak jauh didalam ak. Nampak macam voluntary response sedangkan sendiri tak pasti apa yang otak fikir apa yang hati rasa dan apa yang keluar sebagai jelas.

Terlalu pondan. Takut untuk hidup, takut untuk mati.

Sakit, bila terjaga 3 pagi ak takut ayah dah tak call nak buat citer lawak
Sakit, ak tak takot nak skip makan sebab ayah tak check lg dah
Sakit, ak ada byk citer lucu tapi ayah takmau dah nak bagi komen
Sakit, ak tgok movie tp ak fikir benda lain
Sakit, ak taktau nak buat keputusan hidup
Sakit, grup Zulkifli's hidup dgn gambar2 dan lawak tp ak tak tau apa yg dorg fikir dan rasa

Pergimu terlalu awal. Pada masa ak belum bersedia untuk faham makna melepaskan.

Tapi tak ad yang akan mengubah. Ak yang kena susun semula keserasian otak dan hati..
Apa yang dijanjikan perlu ditunaikan.

Semoga bila kita ditemukan kau senyum kebanggaan sebab otak, hati, dan tindakku serasi. Dan ak mula memahami.




 
;