Sabtu, 28 Februari 2015 0 ulasan

memandang dan dipandang

Apakah pandangan sejuk yang paling selamat. Takrif menundukkan pandangan adakah disekat setakat menjaga mata tapi bukan hati.

Kenapa mudah manusia mentafsir manusia lainnya, sedangkan siapa yang suka jika disalah erti.
Manusia itu rumit. Manusia itu aneh. Dan aku sendiri manusia. Suka tidak suka. Menemui manusia baru akan buatkan mindamu mentafsir.

Jangan kau beratkan keadaan yang perjalanannya sudah tersirat di Luh Mahfuz.
Cuba kau dengarkan kisah Penghulumu memakan oren. Cuba kau cerna wataknya ketika diancam nyawa.

HIKMAH.

Nabi itu melihat manusia untuk mengenali dan menyayangi bukan untuk menghukum. Kerana sesungguhnya yang layak menghukum itu hanyalah Dia. Tuhan.

Membuka mata sekarang kulihat bukan lagi hikmah. Manusia memandang bukan untuk bercinta sesamanya tapi mencari ruang mengenakan hukum.

'berkasihlah sesama insan. bercintalah dengan Tuhan'
-ringan sekali dicoret dan dibualkan setakat melayan secawan kopi pagi
namun berat teman. Berat sekali untuk menerima dan diterima bila kita punya beda.

Lalu mengalahkah engkau dengan perbezaan??

Bulatkan tujuanmu kawan. Kalau manusia sedar yang tujuannya kembali kepada sang Pencipta dalam sebaik baik keadaan, aku percaya takkan ada hati yang hitam dalam kalangan insan melainkan hubungan cinta sahaja.


-tulisan busuk2 lepas tau kelas dr cancel-
adoi

Khamis, 19 Februari 2015 2 ulasan

aKad yang bakal diangkat

20 Februari. Bila teman bakal mendapat Puan...apa perasaan??



moganya selancar air terjun Victoria perjalanan sebuah akad kak MAM malam ini.

Tentang kak Mam. Dialah salah satu watak cekal dalam drama baju putih. yang pasakkan kuat dengan dua tangan andai rebah berlutut ke bumi. yang akan bangun berkali-kali  menyanggah angin putus asa. Mungkin jika engkau terlihat dia menangis pada satu masa bagai anak kecil, tp dari mata yang sama terpancar cahaya ketenangan yang boleh tebarkan gelisah mu jauh.

Kak mam ni macam dadah. Barbiturates. hahahahahaha


Rabu, 18 Februari 2015 1 ulasan

harga sebuah lukisan berkat

Ini yang entah kali keberapa.masih kami ulang-ulang cerita sama. Jikalau direnung tafsir, puncanya memang daripada sikap dan sifat. Perlu ada berubah. Tapi perubahan itu bukan dari sudut nampak satu  komuniti. Tapi dari setiap jiwa si polan yang berdiri. Moga akan sampai di satu saat lecturers kami menyukai kami kembali. Kerana tanpa itu kamilah layang-layang putus tali.

'Orang yang bertujuan dengan ilmunya bukan Wajah Allah Ta’ala tentu tidak bersedia mengaku tidak tahu'
lalu apa tujuanmu hasanah????
Selasa, 10 Februari 2015 1 ulasan

next posting?? hurm..

'and He found you lost, and He guided you.'

Hospital Kemaman ye.Oke. Moga berjodohlah kita.

Bukan dongeng Cinderella atau Beauty and The Beast. Cumanya darah islam yang bergemuruh di alur urat kental membuat aku masih berpegang akan ada happy ending kalau kau bersandar pada Dia. Ayuh bersemangatlah duhai semangat.

(at least pada saat 0307, 11/2/15, 70% keredhaan dah terbina.)
Ahad, 8 Februari 2015 1 ulasan

kisAH KASih dibumi dungun

7/12/14- hari pertama untuk kali k2. aku di sini. dengarkanlah Dungun.

bukan half- full cup. kami membawa cawan yg retak. meremuk bersama kisah di-posting-kan jauh di pelosok bandar. sangat jauh untuk menenggelamkan kami jatuh di celahan rimba tanpa sebuah rumah berlindung sehari sebelum meninggalkan Kuantan.

tanpa sedar, dalam protesnya cucu Adam, Tuhan masih sudi tunjukkan jalan. jika di renung dari hari ini tabir semalam, banyak yg perlu disyukuri. Tuhan menyayangi geng Survivorship. tapi hari itu kami memejam sebelah mata. menafikan segala hikmah yg bakal kunjung. merasa dipermain pengurusan yang x cukup ahli..x matang sangat semuanya (kecuali ecah laa.)

dalam lelah mengeluh. ada satu suara yang terlonjak dalam buku kecil di hati msg2. ini kali ke2. ini akan jadik lebih baik. dek suara inilah, di hari terakhir ada yg xmmpu melepaskan tangan.

-blok g 85 dan kak mam-


engkau laksana bulan
tinggi di atas kayangan
hatiku dah kau tawan
hidupku xkeruan


mengapa ku di seksa
mengapa kita bersua
berjumpa dan bercinta
tetapi menderita


ooh kau cabutlah nyawaku
oh Tuhanku mengapakah
kau bezakan hidupku
oh Tuhanku mengapakah
manusia begitu

(engkau laksana bulan- pramlee)


10/12/2015- kisah seorang auntie Lee.

Arghhh.misi gagal. Aerobik mengalami kemunduran semangat. Moga ada pengajaran besar dan berguna.Kesatuan hati kami goyah hanya kerana sebijik senaman erobik. ayyo.

Bersama kita, bagaikan hidup disarang lelabah. Berpuncakan banyak sudut dan saling memberi kesan. Ayuh, jangan putus harapan.

Cerita seorang auntie cina. Dikisahkan  sedang menunggu mati. Hari ini aku ingin sampaikan kalimah agung padanya sebelum dia pergi..ingin memberi kemenangan. Biarkan air mata terakhir mengalirkan bahagia. Tapi lambat, semalam menjadi tatapan terakhir aku. Boleh diselindung, tapi hati kecil terkilan. Bunga di taman layu tak mekar.

Bila kematian adalah di depan mata,apalagi yang mahu kau dustakan.

lain kali plakk. kenapala bukak buku dungun je sesentap~ ayyo


0 ulasan

jeng otak dkurung 3 jam :(

lemah semangat oitt belajar counselling skills!!
yup.  akulah salah satu manusia yg anggap  a counsellor can hypnotize people. omakk larat xlarat kelas 3 jam strek gakk. oh semangat where you at.




' Hypnotists have mysterious powers.'

uuuu~

-sungguhnya bukan kita yg pilih cinta tp cinta yg pilih jiwa- (nia, putri nomer satu ep akhir) kahkah
Selasa, 3 Februari 2015 2 ulasan

lupa plakk kene ada tajuk. newbie sangett~

dan bila esok~ xtau apakan jadi.. tp di hri ini apa yg pasti, seoram kakak berjiwa alam maya membuka jalan bgi org yg xberapa nk maya untuk berblog. sebab dia suh say hi...so, Hi uolls~

puii. cemar!!!

hekhek.

 
;