kadang perlu memaksa fikiran supaya tegak dipegang waras
satu masa ku rasakan gagah sehingga bahkan tiada siapa jika tak diizinNya akan goyahkan seorang hasanah
satu masa lainnya, kurasa langsung hilang daya sehingga menarikku kelam hilang di dalam gelapnya tiada harapan, tapi masih..alhamdulillah tak diizinNya
tidak rasa dipermainkan, bahkan jauh sekali rasa tak disayang. dia Rahman dan Rahim. tidak ada cela.
yg kurang adalah dalam seorang aku. memilih buta dalam cahaya. condong memilih untuk lari dan bersembunyi.
bila sedar ku berjalan lagi. bila parah aku sepi kembali.
hmm aku.
yg pasti. satu harapan yg kan tak pernah hilang. aku harap walau dalam kegelapan buta, Tuhan tak bosan kejut aku kembali.
maafkan aku Tuhan. jangan bosan kerana keluh kesahku.

- Follow Us on Twitter!
- "Join Us on Facebook!
- RSS
Contact