Jumaat, 27 Mac 2015 0 ulasan

pulang yang mahal

di sayup sayup jauh memandang berdiri
tawa bergabung dan letusnya merebak
maka berserakkanlah cinta selebarnya dibumi
pari pari takjub dan taksub menaburkan seri
kita berkongsi darah selamanya
jangan ada yang meninggalkan dan ditinggalkan
dalam girang ada sendu ditangis sendiri
menyebarkan hanya kepada sang bayang


moga yang satu dari tujuh hingga yang ketujuh
saling menumpahkan bias-bias bahagia
usahakan agar Tuhan melorekkan takdir seindahnya
untuk kita di hujung senja


andai kita berpisah nyawa di dunia sementara
sambutlah tanganku bawa syurga

akhirnya setelah lapan bulan jauh merantau (ayah nak jugakk cakap 9 bulan..aish padahal bulan mac x abes lagi) . hari itu 22/3/15 aku pulang ke desa. banyaknya laa perubahan makkk oi lepas serangan banjir. tapi sesampai kul 1 pagi tu xde la perasan. bangun esoknya alahai..tekezzut kite. takpelah biarkan banjir lalu itu menghanyutkan segala apa yang buruk. tinggalkan kental dan kuat disisi rumah kami. heheh.

tapi terkilannya xjumpa pon semua orang. asbabnya uia ni cuti dia lain dari orang lain. adik2 pulak duk asrama. tinggallah 2 ketul budak laki yang bawah tu. asal aku bukak mata je sua ubi. asal nampak muka aku tunjuk skil menggali ubi keledek.haha nak menunjuk ubi dorang tanam masa aku xda kat rumah. adoi. ubi keledek je pon. kalau ubi kayu barulaa skil kental cket. apadaa. tapi makk oii nak cakapnya besungguh hati bagi aku makan masing masing dah macam anak orang asli. xberbaju balik skolah cari cangkul.hahahaha anak zulkifli ni pelikk btullah.

yang gempakknya ayah selamba rock kapak je cerita rumah orang sebelah masuk ular tedung. 2 ekor tau makk bukan sekor..mengawan gamaknya. tu xkisahla, masalahnya ular tu saiz dewasa tau..haaaa kau hado.xpayah hado. aduii seram. dan terjadilah skuad bomba merusuh ke dalam kampung kecikk di bawah bukit. tempat berlindung kami yang xda nama dalam ensiklopedia dunia. hahaha. nasebb baekk ada abams bomba, kalau tak, ada jugak yang hilang nyawa berpuncakan ular mengawan.

#nijekejenyamerapuxingatduniakoingatkopemeshaha#
Sabtu, 21 Mac 2015 1 ulasan

fahamilah.

menyuruh aku bercakap kat depan banyak2 kepala sama la dengan nak bagi ikan hidup dalam akuarium tapi air tak isi.

Ya Allah. perlu ke gali2 naseb dungun. untuk taip sorang2 di celah malam aku tak kisah. tapi nak stori mori?? sewwweellll (gaya dalam movie pisau cukur).

benda tu dah jadik parut. tapi hari ini ia diberi nafas.  bagai hidup dan membakar. cewwah.

so bila dah menangis berjemaah satu kelas ni.. pilihan apa yang aku ada ialah untuk grad, keluar uia dan lari dari semua kepala2 yang menyaksikan that moment of truth.

naseb baek aku ada darah gemuruh. mampu kisahkan sedikit je kenangan kejam tu.kalau ditakdirkan aku bersemangat tadi nak bukak buku memang minggu depan aku takkan ada kat uia la.
lol

sekalipun apa yang berlaku, yang merasakan hanyalah tetap aku. biskut kau dah celup air kau keringkan sekalipon takkan dapatnya bentuk asal.

cakap memang mudah.

salahkah aku bercita cita jadi orang biasa biasa seperti kamu dan dia. mungkin angan itu terlalu tinggi. tapi takpelah..peluang berkenalan dengan adek beradek 4 tahun ni akan kukenang dalam sunyi2 kisah di depan.


Jumaat, 20 Mac 2015 2 ulasan

lega cket :)

dendam yang terlalu, buat aku lupa siapa aku (pontianak meriam,2004)

warghh teknik hilangkan stress terbaru tontonlah pontianak harum sundal malam. jangan sampai demdam sama kesedihan menelan umur kita yang tak tentu panjang pendeknya. nak marah tu memang nak marah. sapa tak marah kalau pengurusan asyik dia betul je. tapi semat dalam otak kecik tu..semua ini tulisan Tuhan. jangan pernah kau salahkan, buat sahaja sehabis baik. mungkin di penghujungnya tak ada pelangi tapi embun kesabaran yang menyejukkan.

kelas degree adalah paling unik sebab banyak betul pergaduhannya. ada saja benda tak kena. kalah drama masa sekolah menengah. tapi inilah pahit yang nanti dikenang manis. kalau 21 ini berpisah, pengalaman kelas standby laaa paling syok untuk diangkat 10 tahun mendatang.

buat yang terkena biasan stress aku. mintak maaf. kerana stok kesabaran aku masih dididik. harapnya tali kita masih utuh walau suatu saat persimpangan kita memisahkan.

#kuseru
Khamis, 19 Mac 2015 0 ulasan

pusing 360

nak buat slides presentation professional issues makan dalam. mintak ambik degree dalam Law dulu baru nak mampu. huh! kau hado..
ni macam nak ajar anak itik menari depan ular tanpa ular memakannya. adoi. oke dah samkit kepala, susahnya nak cari akta-akta lagi. sebab pengetahuan aku pasal lab hanyalah tempat pecahkan test tube je. kalau kat cfs grand cket. tempat yang tak boleh masuk tanpa tuala good morning. sebabnya lect. tu bengkeng omkelate sebutnya sebagai.
malam ni macam tak jadi je..
dari satu ke satu journal la act la..tapi last2 konklusi masuk kat blog je..adoi

tidolah.zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz mohon tak mimpi ngeri~
Selasa, 17 Mac 2015 0 ulasan

muzik sumbang.

tiba-tiba merindu.
tanah jauh itu hampir setahun sudah aku tinggal di belakang.
aku nak pulang.
menjadi anak yang dirisaukan.
meniti hari dengan semangat yang bebas.

aku disini.
menongkat dagu yang pasaknya tidak tegap.
sering hilang punca bila takdir menguji.
tercari-cari cinta abadi.
saat ini aku sangat merindukan Tuhan.
rasa ini tak terjemahkan.
sekadar makan dalam diam.
mugkin sebab lama tasbih itu membisu.
Isnin, 16 Mac 2015 0 ulasan

rindu dari Kubang Kual

ooohhhooo
nenek ku pahlawanku menelefon
dah namanya nenek cucu memang mintak dileter
jangan marah nek, cucu janji tak buat dah.

kadang2 kesian jugak buat perangai loklak terjerit-jerit tengok sukan, bajet2 penyokong setia letuw.
tapi nanti kalau pahlawanku kena soal dengan Tuhan apa diorang nak jawab..salah sendiri orang lain plakk kena. eh.mintak simpang. nenek ayah umi dah bagi the best education daa. aku salah sebab ketololan mengatasi segalanya. harap2 mereka mampu tersenyum di depan Tuhan nanti.

harapan ni ikhlas nek. mohon cucu ini berubah. menjadi gadis nenek. kikiki
Jumaat, 13 Mac 2015 0 ulasan

perasaan perasan.

bila Allah tak bagi apa yang kita nak jangan salahkan Dia. jangan tengok guna mata. cuba cara lain. tengok guna hidung ke, telinga ke, kulit ke.. sebab apa yang pasti rencana Allah itu adalah yang terbaik. boleh jadi kalau team kita2 yang menang, aku akan teruskan perangai melalak tengok bola. mungkin Dia sayang aku dan kamu la. kott. perasan bercinta dengan Tuhan sesungguhnya adalah tak menjadi masalah.haha.

so.. so?
so stay strong guys.

ingat pesan fatimah > jika kau fikirkan kau boleh..kau boleh!!

fakta yang jelas=
dulu kita bahgia giler bila menang bukan sebab kita menang trofi pon.
kamu ingat tak hey korang??
bukan kita ke team yang satu-satunya jaga player..
yang sister kecik2 pon lari bawak payung pergi kejar pelari..
kalu orang laen ingat kami jelajah payung tu untuk gatal2 memang silap la weyh..
ingat tak yang kita sama2 jaga geng kita takmo bagi pitam..takmo dehydrated..
korang ingat tak kemenangan sebenar kita???
ataupon korang ingat tak kita maen cop2 tangan kat banner?
kalau ikutkan nilai artistik tak tau nak cari tang mana kat banner tu..
tapi kalau kasih dan sayang ternampak jelas di tapak tangan memasing

aku puas pada detik itu..

korang team terbaik!!!

#demamidgberleluasa
#adei ramai plak yang jatuh dan sakit ni

Rabu, 11 Mac 2015 0 ulasan

demam mintak tukar

cik Mobi dah sakit melarat. mintak ditukar. adoi entahkan virus jahat mana buat phone iolls kesurupan ni..

mobi tu masa kat cfs pj singkatan untuk perbuatan minum berdiri..
untuk mana2 bros or sis yang kena tahan kat guard gara2 kelampauan sikap minum ketika kaki melangkah.. alahai comeynya la guard2 uia ni..

dan bila aku beli enset ni aku letak la nama dia mobi. offo history yang sangat tak jelas. lupakan.

tapi perasaan nak lepaskan dia yang dah lama bersama kita tu sakit weyh. ni phone pertama beli guna duit gaji kerja dulangkan air. Kau hado. sampai tumpah2 air panas kat seluar customer. ini satu hal lain lepas dah beli phone laa. hahahaha. tapi salah satu kisah hidup yang epic la kiranya.

nasebb baek kat kelantan bumi bertuah. boleh nego lagi ngan abam seluar dah basah dengan air panas tu. Kalaulah aku keje kat keyeill time tu mau masuk court. adei.

inilah antara sebab aku tak abes pikiir nanti keje alahai camano la.. keterbolasan dalam diri sangat jelas dan terluah. kalau dikawalkan lagi laa menjadi jadi. mahunya keje kat pulau semsoram. uuuuuu
0 ulasan

biarkanlah~

kalah futsal kami ToT

Drama band kata:

tak mampu kukembali
biarkan saja berakhir disini~

biar hancur harapku
lepaskanlah~

Mark kata:

jadi sudah terjadi
biarkan ia terjadi
tapi mengapa terjadi
o'o~

dan apa katamu???

kalah? memang tak lah weyh~
kami kenal pejuang kami.
kalah yang tak kalah.
menang berjuang lagi atas dari menang segalanya.
kerana yang dikenang 10 tahun lagi andai mata masih bersaksi
bukan gambar trofi menang.
tapi kenang kenangan.
kenangan terbahak belahak sesama.
kenangan gaduh2 cket.
kenangan malas berjemaah.
kenangan mintakk cuti lepas kalah.
kenangan cakap HOD kena sawan <~ ni xleh blahh.
kenangan junior tanya akak umur berapa? kenapa makan tumpah?
sanggup~

kenangan nak call ayah suara xda then kena bambuu ni tgop bolalagi la budak btuah ni.


saya adalah budak btuah yg gemar tgop bola bukan sebab player ensem k hape. tp sebab ayah saya ajar tgop bola masa kecikk dulu. masih berusaha menahan keassabiyahan dan sifat menyokong secara tegar..mungkin dlm dua tahun lagi saya akan berjaya menyokong bola dalam hati sahaja...amiin. Dari Tuhan segalanya.
Selasa, 10 Mac 2015 0 ulasan

ada apa KAMU dan AKU

bila langit tak lagi berawan tenang
dan unggas terbang masih dipulang
matahari merah dan tari sungai tidak gah
merak sekalipun gagak
duanya mengalah

ada lagi yang marah dari sang merah
ada lagi yang gah dari diva kesemuanya
tanya-tanya itu membunuh jiwa seluruhnya
menunggu hujan yang tak berseri-seri

ada apa kamu dan aku
persembahan untuk Dia
ada syurgakah tujuan
terhapuskah halangan
Ahad, 1 Mac 2015 0 ulasan

cinta yang menjauh

Sebelum fisio aku seorang lkj. Lukisan Kejuruteraan. Ayah yang buat permintaan melampau untuk aku memegang ijazah yang berstetoskop. Apalah sangat sebuah cita-cita dibanding sseorang ayah.

3 tahun yang lalu pertimbangan aku memperlihatkan fisio adalah tanpa on call dan pisau, jadi aku membelok ke kanan.

Tidak on call sangat. hahahah. Takjugak. Sebab jadi fisio masa tu adalah bagi aku peluang untuk masuk ke bidang aktif, agresif, sukan. So di sinilah tegaknya sekarang.

Berjuang dengan beberapa kerat pioneer di uia menghabiskan setahun setengah lagi. Harapnya.

Kalau ada kesempatan aku nak balik ke persimpangan dulu. Kali ini memilih jalan lurus. Cita-cita sendiri.
0 ulasan

Alhamdulillah..

layan lagu~
Disaat waktu berhenti... kosong 
Dimensi membutakan mata, memekakkan telinga 
Lalu diri menjadi hampa 
Saat paradigma dunia tidak lagi digunakan untuk menerka*
Sadarku akan hadirmu, mematahkan sendi2 yang biasanya tegak berdiri
Ult li albi bissaraha (I'm opening up my heart with honesty)
Hayya nab'idil karaha (Let's avoid the hated and hatred)
Syakkireena a' kulli ni'ma (Let's remain thankful with what we have)
Ba' ideena anil fattana (Let's avoid all lies and sins)
Merenungi luar jendela, mengagumi kebesaran yang Maha Esa
Ku menilai kehidupan dari sudut berbeza
Tak memadai hanya kecapi rasa selesa
Maukan harta yang mampu beli 1 semesta
Berpesta ke pagi botol bergelimpangan
Kekasih muda bukan setakat berpegang tangan
Harta dan jamuan nafsu tidak berkekalan
Bila menjelang tua bukan itu jadi bekalan
Dan jangan puisi ini disalah tafsir pula
Bukan berkhutbah cuma betuli diri jua
Ingin hidup sempurna aset nilai berjuta,
Saling tukar wanita, senyum dan mati tua
Bakat dikurnia jangan disalah guna
Jangan kufur nikmat yang diberi percuma
Guna kelebihan untuk hikmah bersama
Jagalah nama hidup penuh pementasan dan drama
Ada berisi ada yang kurus, ada melencong ada yang lurus bukan semuanya tulus
Ada sempuna ada kurang upaya ada yang jadi buta hanya bila sudah kaya
Sebesar rumah bermula dengan sekecil bata, boleh hilang dalam sekelip mata
Ucaplah alhamdulillah bukannya sukar, kerna semua yang kaya atau besar
Tetap Allahuakbar!
 
;