Ahad, 26 April 2015 0 ulasan

Miss Anonym___

dan habess. hahahahahahah gimik yang gimik. sesungguhnya Tuhan ialah sebaik baik pengatur rancangan. tahniah kepada geng anonymous. anda memang *tidak diketahui*. muahaha.

haha. malu sehh. kitanya manusia darah gemuruh. maka itulah hasilnya. gopoh gapah atas stage. adoii. samkitt bebenor.

naseb baek landing oke je walaupon xde lah nak lompat tinggi mane. tapi kalaulah jatuh masa lompat tu..memang xkan bangun la. buat2 pengsan.hahaha. tapi nak buat2 pengsan nak kena ada Tengku Zaril dulu. alamak TZ xde. heheh.

tapi tulah. saat saat akhir. ada pulak yang injured. dah kena tukar plan. mungkin aku ada niat tak betul kott. ataupun tak menjaga hak hak Tuhan. *istighfar

cumanya mengenakan topeng adalah sangat seorang manusia. akan tergamak melakukan apa sahaja tanpa tahu topeng itu takkan menghalang pandangan Tuhan. opss. hati sendiri tak jaga. tidak mahu menjadi terlalu prejudis dan menilai. kerana penilaian terbaik ialah neraca Tuhan.

sungguh aku tidak mampu menjadi Rabiah Ismail Adawiyah yang berasal dari Basrah tu. tapi akan cuba jadi gadis terbaik untuk nenek. alamak. renduu ayah su. cepat-cepat lah ayah su jalan normal. dah2latu jalan tempang. hahahha.tapi rendu adik kat kl jugak. alamak adik iolls duk keyeil dah pandai mencarut. haa dia tak ingat ke aku kalau mengamuk camano. ishh pengaruh rakan sebaya betul budak bulat tu sorang.



Isnin, 20 April 2015 0 ulasan

kawan dengan cekgu. sama je.

so bla bla bla haa settle. see? its a win win situation u know. kau nak gila meroyan tu kenapa? sebab kau present no satu kan kalu dapat no 17 tak gila pon.

a'ah la. win win situation. alamak bodohnya aku. atau buta mungkin. maaflaa tak paham sistem undi undi ni. sebab dulu dah dua kali sistem undi yang pakai tajuk keadilan nih bagi taik. opss. oooo dah nampak dah permainan dia. oo paham2. dulu yang suruh re-undi tu orang dominant rupanya. ya ampun pakk.aku lupa diri ini sekecik cencurut. lupa bila rasa dipunyai dalam kelas tu. padahalnya tak pon.

hahahahahahaha. ini dua situasi berbeza kak. kalau aku dapat no. 1 setelah korang dengar n paham ap yang aku cuba smpaikan sebelum undi tu. mungkin aku oke je sebab dah niat nak present hari isnin dari semalam. tapi masalahnya kau buat apa. kau suruh je cabut undi dulu kan. lepas tuh alih alih eh alamak tak cukup pulak. ada kategori tak ambik undi. offo. iyelah. haa senang je bagi lah kat die no yang satu lagi tu..

biar senang keje orang laen. kau sape nak pilih2. kayu je kot. so xpelah. kayu pon kayu lah.asal tak mati.
Sabtu, 18 April 2015 0 ulasan

meraikan

sebab aku K-nian, nak dapat gambar senyum elok tu testing lebih dari tiga. haha budak yang takleh diam-diam. so malam ni meraikan banyak hal. konon lah. meraikan tarikh lahirnya umi 47 tahun yang dulu.*walaupun terpisah jarak beribu batu* kepada umi, orang mintak maaf andai tak dapat membahagiakan di bumi, tapi akan sentiasa doakan umi dalam kasih Tuhan.Terima kasih tuhan bagi aku umi.terima kasih umi buat aku kenal Tuhan.
 meraikan teman yang sentiasa ada di sisi. yang sentiasa bagi aku gelak tebahak bahak. walaupun sekadar kisah sebilah pisau dan hidung berlubang satu.
meraikan Kahs yang masuk semi final. muahaha konon patriotik sangat la tuu. uuuuu.



alamak. makan banyak lagi. ini dah menyahut cabaran menyeimbangkan BMI. walaupun aku rasa BMI dah cunn tapi sebab ada pihak ketiga kata aku tetap underweight..so nampaknya kena tambah kolesterol la cket ye. tapi ni dah malam buta akaks. emm gadis ni takkan dengar kata. walaupun dari hati kecik sendiri. esop nak kena jogging nih. *hangat-hangat tahi ayam*

#tapitakpesebabtadikirasehariantakmakan
Jumaat, 17 April 2015 0 ulasan

fatamorgana

masih bermalasan. mana semua dak2 bilik ni~ hurmm kenang2 masa sekolah menengah cket.. hahahaha lawaknya kumpulan nasyid masa form 2..mana ada nak havoc macam depa lani. dengan variasi alat bunyi masing2. dulu masa sekolah kami ada kompang je.. dengan benda tula duk kepak kepung kepak kepung.. mungkin sebab standard sekolah kampong kott. itupon dah cukop kebaboom bak hang..tambah-tambah persembahan untuk PIBG. haha.

melawakkan lagi bila gaya seragam. plastik, robotik. yang diajar ustazah selaku manager kumpulan nasyid. adoi. gaya paling femes ialah bagai mngepak ngepak air laut..ke kiri dan kanan. uuu nostalgianya.. rendu nak tengok semua tu balik..tapi sekolah kampong sekarang pon nasyid siap ada piano~ hurm tahun legend terhakis sudaahh.

duk kenang masa lalu dan mencari bukti.betulkah aku manusia mudah terhibur seperti yang didakwa sesetengah pihak??? nak mempertahankan diri kena ada senjata rahsia..muahaha. haa mana ada mudah terhibur! aku adalah gadis cool dan hensem oke. masa kecik jatuh tak nangis. tapi jatuh pokok jambu air tu termenangis sebab pokok tu tinggi. tu je. haaa cool sangat. genetik dari kecik kott. . kenapa dilabel #mudahterhibur tetibe nih. cool lagi kena. iolls tak gelak oke tengok GAG yang chan salu tengok tuu. arghh geram betul. kalau ada orang buat lawak lepas tu semua orang gelak mestilaa aku gelak sekali. itu namanya normal..tang mana mudah terhibur pulakk. mana ada aku gelak kat lawak hambar.. alamakkkkk


#takmudahterhibur
alamak. jauh sangat memori mengingat pergi. sampai ke Abid. rendu anak tauke ni~
Khamis, 16 April 2015 0 ulasan

tak produktif

sebab jadual hidup kebanyakannya tidur selepas isyak bangun kul 12 mlm..menjadi protokol untuk tidak makan selepas maghrib.. perasaan hidup secara sihat la ni. tapi hari ni  dapat  wabak makan cikin cop dengan beger cisss~ adoii teruk lah elbi. malam ini tak mampu nak tambah iq. bangun bangun nak temuntah bapak ayam. dan inilah salah satu sebab Nabi kata makan setelah lapar. berhenti sebelom kenyang. yang setelah lapar tu dah cukop syarat sebab tak makan tengah hari..tapi nak berhenti sebelom kenyang tu tak boleh sebab dah terlajak menuruti nafsu makan nak beli dua2 masa kt kafe timah..

adoii. xjadi nak bukak buku ilmu~ takpelah godek2 tenet daunlod hati perempuan pon hokkey!!

sister ni memang la takkan belajar nak jadik rajin. aduuhh hati sendiri tak dikawal. alamak>>>

tibe2 teringat kata2 chekgu muda. adoii sakit. macam mane ni..arghh lupakan. aiman tak kisah. elbi pon begitu!! baek tengok yuhanis dgn tengku zaril. muahahaha
Rabu, 15 April 2015 0 ulasan

belakang PARANG

adek2 tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan peribahasa belakang parang kalau diasah lagikan tajam??? kalau skema spm iolls tak taula macam mana nak terangkan.. tapi kalau ikot pemahaman peribahasa ini menggesa kita untuk mencuba dengan sehabes baek daya..kalau anda berusaha, apa-apa pon boleh berlaku.. aku pernah dengar benda ni dulu, tapi tak pasti dari mulut siapa, katanya 'takdir itu dari Tuhan tapi pilihan di hujung jari kita'. untuk berserah syaratnya berusaha.

plasticity- ability to transform and adapt. neuro plasticity, muscular plasticity..bla bla. 30 minit pertama je fokus aku takkan kalih..minit seterusnya adoii macam cicak telan nyamuk berak kapur. otak akan lebih ingat bila kita buat berulang kali kata cekgu.

masalahnya macam mana nak adapt kalau cekgu pon macam tak suka kita. aku rasa dah cukup perah otak dah nak menjawab soalan2 dia..tapi masih macam tu..orang akan kata jangan nak negatip sentap sangat..tapi betul weyh, cekgu tu memang tak suka aku. adoii  takpelah cekgu. nanti setahun lagi saya pergi. jauh ke Madinah..hahahahah


Selasa, 14 April 2015 0 ulasan

exam on call

tak mampu nak exam on call. haha. nampak sangat ilmu tak seberapa. tulah..hang belajar sebab sape? examkah?? sakit..tapi kenangkan mem-panda-kan diri reramai sampai ada yang tak tido bila tahu esop exam tu lawakk. bak kata oram kelantan..aduu demo gugha bewok nga kito. kalau translate ke bahasa melayu bunyinya lebih kurang begini~

 "amboi korang membiawak buayakan kan kami ye biawak..."

ala ala sampai terbelit lidah buwaya biyayak tu maksudnya, sampai la maksud tuh. aduhh. cakap berbelit. taip berbelit. otak  berbelit. 3 3 batches terbelit~ ahhhh aku lemasss









mih mih mih bab2 drama laju.. nak paham extrapyramidal tract kemain slow~ adoii samkit kepala ubat batuk cap ibu dan anak ibu beri~

nak belanja gambar islamik cket la.. supaya sedar diri.
#masihtakmengalah
#masihjugakkberjuangmenjadigadisnenek
#tapimasihmengantokkhahahahaha

Sabtu, 11 April 2015 0 ulasan

MaBiQ mung tunggu aku datanngg~

akhirnya!!! berjaya sampai ke mabiq untuk tahun 2015. huhahuha.
disini lah jugak mira nak bertemu ciri2 suami pilihannya.. naseb baekk uia! kalau tak dah kebas laki orang kata beliau. ayyo. tapi pak cik asing tadi sangat baik. terserlah watak2 ayah pada cerminan layanan beliau. suap anak makan kott. alahai. tercair tempoyak ikan patin masuk esofagus. minta maaf atas ketercelaruan minda belakangan ini. cumanya i value the values that sometime unseen to some people. #alamakinggerisxbagus. #plissufoculikkakukejap #umisaiiaaataaakuaaatt
0 ulasan

cherating cunn~

hahahahahahahaha. budak budak nih dah macam bangla menjaja periuk nasik.. follow jela kemana angin membawa. mencari hati di Cherating la pulakk ye. mohon tinggalkan magnet sress di pantai luas. tertawalah sebebas camar yang menarikan kepak di atas ombak kerana hidup ini singkat.

jadikanlah hanya kepada Tuhan kamu meminta minta.Tapi secalit sedih terpaut juga bila yang diminta tak kunjung tiba. manusia tetap dengan emosi melebihnya. maafkan aku Tuhan.

dan aku pohon dalam laut gah ini ada ketenangan tersembunyi. uuuuu rasa nak terjun je mandi manda. baring dan biar terhanyut sampai ke Rhaudah. tapi tak punya daya. haha. masalahnya lencun jugakk. oleh manusia yang bertukar umur ke pra sekolah bila jumpa pantai. makk.. geram betul!!!!! sampai pasir mendaki kepala tu dah lebih.. dulu aku tau laut berair masin. tapi hari ni aku rasa perasaan laut. uwekk.


hahaha. ambik kau. dapat gitar posing la. apalagi. naseb baekk gambar takde bunyi. kalau tak,krikkkrikk je,
#takpunyabakatapaapa
Khamis, 9 April 2015 0 ulasan

malam berinai

bebudak ni kata kalau tiba2 rasa nak berinai maksudnya baru jatuh cinta. fullamak senangnya alahai teori hidup. tapi yang pasti sesape menatap bulan malam ni memang akan fall in love bak kata omputih. kenapa xnya,  malu sangat bangkit malam nii, berselindung di balik bukit belakang tabir mahallah fatimah ni.. huhu caer2..

teringat dr. ibrahim kelas RKUD petang tadik. matter, forms, potentiality, actuality.. telur k ayam telur k ayam teluur k ayam.. 'cycle of life' tapi sebalik tu ada actuality. sebagaimana tertanya insan..tentang asal.tujuan.dan akhir. kita kena hasilkan causation dan seterusnya Tuhan yang mengait takdir.

kat sebelah pulakk dua gadis tu tengah gelak2 bincang pasal cherating~ hurm ada apa dengan cherating??

mehh kita tengokk apa yg jadii!!!!!!!
Ahad, 5 April 2015 0 ulasan

bangkit!! - aril sgt~

 ooo ni rupanya cinta. last call umi. 8.37 am - 5/4/2015 sebelum masuk exam hall. sebelum ni apa yang aku paham ialah cinta tentang perkongsian hati. tak kisah dua hati ke tiga hati ke..berhati hati banyak hati pon boleh. yang menjadikan dunia indah bila dihidupkan bersama. but then, cinta rupanya satu je. yang baru aku paham di saat usia di tahun ke 22.

mari kita kongsi tentang cinta.
moga kalian mengenal dari sudut yang baru aku kenal.

aku= salam mi, nk exam ni 2 3 saat lg nop masuk..haha. org tido smlm sakit perut. macam xleh jawab je..biase stadi last minit mnjadi..xsangka sakit plakk. ayyo. sori mi, tp doa2 la kat org..

umi= hahaha boleh je tu.. hrmm xpelah umi lorat ni..ayah suh balik, cramp pulakk kat rumah..

aku= (nak sambung mengada sebenarnya..) oo oke. assalamualaikum

umi= tutut tutut

haha drama sangat.

maka terjadilah jugakk aku cramp sama dalam exam. gara-gara 0.5 saat bersangka buruk dan jeles sama ayah sendiri. ni salah setan yang buat aku fikir umi aku tak sempat nak membahagi kasih sayang sebab ayah yang dalam keadaannya sekarang memerlukan seorang umi lebih dari isteri.
punyalaa aku pikir haa ni mesti umi xsempat doa atau ingat pon kat aku..gaya berfikir pakai patella macam nilaa mengundang bahaya. di kesudahan cerita aku tak nampak jalan nak jawab exam.

tapi isi cinta kat sini bukan bahagian aku tak dapat jawab exam tu. isinya bermula dari setahun yang dulu lagi. pada saat dimana ayah aku merayu perpisahan sebab baginya perempuan biarlah dijaga seusianya..bukan disusahkan sebab kemalangan tiba-tiba.

masa tu yang aku nampak cuma seorang pakcik tertekan sebab tak boleh nak jalan dah. terkilan dengan keadaan yang menyekat tanggungjawab. aku nak marah dengan seorang pakcik tu. kenapa cepat sangat nak berputus harapan.

tapi sesungguhnya di dalam dewan exam tadi aku nampak sebuah cinta syurga. Amiin.

apa yang aku nampak?. aku nampak yang cinta itu sebenarnya satu je. siapa pon bahkan apa pon kamu., cintu itu selayakknya hanya untuk Tuhan. Tuhan satunya, Allah. bercinta dengan Allah maka kamu akan dapat segala cinta di dunia dan belakangnya. Punyalaa aku tertanya tanya apa yang dirikan umi di sebelah ayah hingga hari ni. sampai ayah yang dulu semangatnya terjelepok hari ini dah boleh jalan bertongkat. nak kata ayah hensem. macam tak. hahahaha ni la anak perempuan. haish. tak jaga market ayah langsung.

rupanya umi menjaga jalan syurga yang dititip padanya. kerana cinta pada Tuhan dan satu hari ingin bertemuNya. umi aku bukan ustazah. bukan ahli ceramah. mungkin umi tak kenal pon makcik qu putih tu..umi tak pandai pon main plant vs zombi. tapi umi aku istimewa kerana cinta besarnya.

teruskanlan kalian mencari cinta yang membuat rusuk kalian bergetar itu. biarkan aku dengan cinta aku. sebab umi bukan hanya menggetarkan rusuk tapi menggongcang seluruh saraf aku untuk masih tetap berdiri dan bercinta dengan Tuhan.

#akan kejar cita cita ayah nak tengok anak dia jadi sebaik heroin sinetron islamik kul 230 kat tv 3
#maka stadilah RKUD supaya x kecewa kali k2
#erk baru sebut nak stadi dah menguap
#wakaka

#post dituju pada mira. nah ambik. x reti nak stori tadi..
Rabu, 1 April 2015 0 ulasan

mati dalam mimpi

aduhh tido tanpa pesan. bila berseorangan dalam asing tadi. dunia separuh mati. mimpi dibunuh bertubi tubi. tsskkk. sekalipon hanya mimpi pedih kot. tapi bangun tido dapat makan aeskrem!!!! oke dahh. cuma pattern mimpi itu tak pernah berubah. hari tu syera yang pangku aku mati.hari ni syera yang melalak tangis ngeri. sepi.kosong dan putih.

pada kepulangan adekk mai k bilik, buatlah sharing kecikk. hahah. adek mai ni pandai cket tarik-tarik aku ke mewanginya syurga. dia tau budak ni tak suka usrah ramai2- cakap dan orang paksa cakap..uu tak mampu. ikhlas tu bukan datang free-free je. 'ikhlas tak meluru, tapi harus diburu', (adek,2015)

aku cuma rasa hilang di pertengahan jalan tiba-tiba. tapi nak bermula semula,, insan itu sudah mereput dimakan masa. fizikal dan mental tak lagi tersedia dalam erti kata memberi aku tepukan gemuruh di garis mula larian. luka dengan jalan semalam.

aku tanya adek mai. adek pegang kepercayaan orang guna tangan mana. jawapan pertama adek ialah mestilah kanan. sebab kanan saya lagi kuat. tapi saya akan guna dua-dua saling membantu.

tapi kepercayaan ayah besarnya amat. tak tertanggung tangan aku keduanya. kepercayaan itu terusir melalui celah-celah jari kecewa dan lelah. genggam tangan aku berteraskan jiwa yang kosong..




arghhhh merapu lagi. tp orang kata mimpi mati panjang umur kott. kbai
 
;