Khamis, 13 Disember 2018 0 ulasan

marah kucing

jumaat half day, balik rumah sampai beranda tu dah ada bau yang menusuk.. panas dan sakit hati..tak termasuk lagi masalah staf kat klinik..

oke takpe. sampai depan pintu datang kucing yang tadinya berkubang di dalam najis sendiri meluru nak ikut masuk pintu.

kotor takpe lagi..tapi ak genetik dalam saraf takut kucing..memang terus tertinggi suara la pada yg bukan manusia itu.

Ya Allah (nada tinggi yg sgt menyampahkan sambil mata berair dah nk mnangis sebab sorang3 takde sape nak halau kucing)

Terus jiran tu keluar dan tengking kucing dia ajak masuk. baru pandai nak tutup sangkar walaupun masih tak pandai nak bersihkan ketahian yg penuh pada lantainya.

Allahu..dah masuk bilik tenang sikit terus teringat muka yg bukan manusia itu. Ya kesian. Tapi ak geli dan takut. Tapi rasa bersalah.

Kenapa nak jaga tapi tak jaga. Memiliki bukan bermaksud boleh buat sesuka hati.

Kalau ko sayang dia jangan bagi dia tido dan berguling atas najis sendiri sebab kau malas nak bersihkan sangkar. Kucing jaga 3 ekor, sangkar cuci seminggu sekali..tahi dah jadi alas tidur ko rasa???

Maaf.

Selasa, 11 Disember 2018 0 ulasan

BOLA

terlalu lama sudah memendam cinta pada bola, malam ni memecah pantang join geng lepak mamak tengok malaysia-vietnam (gadis key eil hasanah menjelma)

uuu tudia penangannya. adrenaline begegak gempita. sampai ada satu detik terlampau leka dengan debaran gol..dalam masa semua menjerit telinga sampai berdesing. tik. jangan sampai koyak gegendang kerana gendangan luar.

senyap dalam bingit. hati paling dalam insaf..maafkan hasanah jika ini lalai..hasanah suka ya Allah..jangan uji dengan kesakitan..

desing hilang..dan gol. dan hasanah dengar, normal. bisa senyum kembali. terima kasih tuhan. tapi tadi amaran. yang harus difikirkan.

2 saat  yang senyap selepas tik sudah menggetarkan seluruh rohku..bagaimana kematian nanti..
lesson learnt.

Ahad, 9 Disember 2018 0 ulasan

Dia mulai marah

Ak rasa dah susah sebanyak mungkin. Mengajar diri sendiri untuk membalas dan memberi. Itu yang sampai kekadangnya ada keluhan di hujung-hujung lelah.

Tanpa kebayang di balik pintu yang lain..ada yang jauh lagi berat dengan kelelahan. Ak terlalu sempit pada yang sakit sedang yang sihat semakin parah.
Mereka sudah besar. Mereka mulai berfikir dan bercanggahan.

Kuatkanlah hati budak-budak kecil itu yang sekarang badannya sudah berkembang dewasa. Terbiasa bersusahan dengan orang yang kehilangan kudrat sehinggakan mereka sendiri terabai ke tepi.

Salah dari ak kerana sempat lupa.
 
;