Selasa, 14 September 2021 0 ulasan

tempora felicia

walau bisa senyum namun tak selepas dulu

sesal yg paling besar adalah degilku

jagakan dia dirumah baru
jgn sisakan dosanya
kabarkan padanya berita gembira
tolong Tuhan
Ahad, 5 September 2021 0 ulasan

pautan

kuarantin hari kedua.
semalam terkejut.

hari ni ingatkan tenang, rupanya bila diam lebih gelabah.

dah rehatkan otak tapi hati menyusahkan.
okehh takpe.

pelan pelan.
asal masih berpaut.

malam ni nak rangka nak buat apa dalam seminggu🙂

harap hati makin lupa akan kerasnya sakit.
dan akhirnya tumbuh kuat berupa sabar yg lebih tebal.

kita boleh laluinya.
Jumaat, 13 Ogos 2021 0 ulasan

kpop

uiii sedih gak rupanya, sikit.
ingat tak fangirling sgt dah sejak dh tua..

hahaha
baca berita buruk pasal big bang
hmm kecewa la
whyyyy
tak jaga perangai..sorang2 ada masalah

kitanya punyala minat masa kat bangku sekolah

kuciwaaàaa
Rabu, 11 Ogos 2021 0 ulasan

hadiah buat diri

😘😘😘
aku syg kamu
bisik pd hati kecil sendiri

sejak faham hakikat..ak mula..memberi hadiah pd diri sendiri

ceritanya,
kurasakan dari asli semuanya berkisar aturan
tiada satu berkenaan pilihan tangan

darjah satu masuk kelas kedua
ayah sruh belajar, jgn pernah terkeluar dari kelas no 1
tiada pilihan, sehingga pegang sijil akhir tahun ak budak kelas no 1

ak cinta lukisan kejuruteraan
2 minggu pertama kelas dah terbayang di mata suatu hari akan ada bangunan dariku
ayah suruh masuk mrsm, ambik biologi
kata org tua itu, perempuan jgn pilih minat lelaki, risau nanti berebut kerja
tiada pilihan, habis air mata kering rasa, telah kusarung jubah graduasi bersijilkan fisioterapi

sehinggalah kerjaya..semua aturan

itu yg awalnya ku faham

sehingga di hujung nafasnya, org tua itu pesan
"jaga adik2"

hati ak yg tak baik ini setelah kepergiannya, selalu merasakan terikat dgn berat

kenapa aturan yg selalu dtg
tidak berhak kah untuk ak gelak lebih gembira tanpa fikir tentang pilihan yg tiada
kenapa tidak akhirnya dia berkata
"berbahagialah dgn hidupmu.."

hahhaahahhaaa
timbang balik ukur sukat
rupanya otakku yang singkat

aturan tu teras dia sayang bukan
sayang yg setelah kehilangan baru ku faham rahsianya

dia tahu ak faham laju, tp takut bercampur
dia paksa sekolah, letak matlamat
supaya kurang kisah pd sekeliling
akhirnya kulupa tekanan berfikir pemikiran org
hasilnya..ye setiap tahun kelas no 1

dia perhati dalam permainanku di kebun kecil bunga
bukan susunan pasu mnjadi keutamaan
tapi takjubku pada kembang biak, pohon yg dicantas, dicantum dan tumbuh menjadi lebih cantik dari sebelumnya
dalam ak mencari ak, dia terlebih dahulu menyapa
hasilnya..sampai ketika ini, setiap saat diisi dgn topik anatomi, euphoria dtg padaku

dan kata akhirnya
"jaga adik2" bukankah sama dengan kebahagian terbesar ak
jadi kenapa perlu berpesan lagi bnda yg serupa


haaaaaa hasanah
lambat
kau selalu kalah dgn ayah
belum sekalipun menang😅

ada suatu hari, mengalah xpandai bawa motokar
dia masih hidup kala itu,
katanya meh la nak ajar,
ak tolak, memandangkan dia xmampu duduk lama..kang xpasal berpapah

"eleh, xpayah la..xleh punya" kata diri yg berseloroh

ayah kata, huhhh kapal terbang pon ayah boleh ajar la

"memag tidok ler, naik pon takut, takan jejak la flight"

dia balas, pecayalah, suatu hari dia akn paksa naik kapal terbang.

dan 
meninggal pon dia masih menang
sebab trlalu tiba-tiba
hari tu..aku terpaksa terbang
dan dia, mcm biasa menang..

sekarang boleh kenang dgn bangga
ayah manusia paling dekat yg aku kenal sgt berpandangan jauh
dia kenal setiap satu warisnya
dia tahu semua keputusannya

dan hari ini
jiwa ini lebih tenang
ak syg kamu.

Ahad, 8 Ogos 2021 0 ulasan

berat

selalu ingin ak mengungkapkan kata
namun yang tinggal cuma kepingan ketidakberjayaan
kerana bukanlah sang pemberani

lalu harapan, angan, semua terkunci dalam senyap dan tak terkendalikan
dan sulit itu ternyata lebih pahit bila ditelan pendam

arghhhh mahu apa hati
mengapa sangat mahal bagiku damai

mengapa aku seperti ini


Rabu, 4 Ogos 2021 0 ulasan

rayuan cebis hati yang paling waras


dosa itu kan sakit, lalu kenapa diperbuat

entah. hati itu kan tiada waras

lalu waras itu dimana

entah..kenapa bersoal-soal lagi, cari alasan atas dosa yang bisu?


nasib baik Tuhan itu Maha Penyayang dan miliki sebesar kesabaran berdepan dengan pendosa
jika sekali saja sabarNya setipis makhluk, bahkan hancur seisi dunia sudah lama..kerana tangan mereka sendiri
bagaimana mewaraskan hati agar siuman

bila tak berpimpin,
langkah terlalu bebas bukan
kadang senang culas dan sesat
tiada yg membetulkan
yang ada cuma merasa betul sendiri
tidak berpimpin melemahkan hati
mana mungkin mau waras

nahhh saking lemahnya sang hati kadang berbuat dosa merasa tidak takut
aku cuba dekati yang paling sabar tadi dalam cerita ini. sang Tuhan
tapi kadang aku senang penat Tuhan..merasakan Kau tidak sudi mendengar padaku
senang berhenti kerana iklan dunia melekakan
senang membawa rajuk bila Kau ambil kembali kesayanganku

tapi Kau masih Tuhan yg Maha Penyayang kan. Tolong bersabar denganku
mata tidak buta untuk tahu semuanya milik Tuhan
cuma kadang bila saitan menang, aku menutup pandang dan merasa kebesaranMu sebahagianku

kurang ajar bukan.

"hakikat manusia kosong tak punya apa"

ingatkan aku selamanya tentang itu sang Maha Penyayang



Isnin, 5 Julai 2021 0 ulasan

Yang Ketawa

Lama tak menulis, tapi terlalu banyak cerita yang disimpan.

Hari ni berapa haribulan pun dah hilang jejak kerana terbiasa berkurung sendiri tanpa ada deadline nak hantar apa2. Dengan harapan Tuhan pandang usaha kecil ini dan tidak memalitkan ak dengan Covid tu.

Sekarang tarikh yg  ak ingat cuma 10 Oktober yang lalu. Tarikh salah percaturan. Hilang semua prinsip buat jahatku. Tarikh perbualan terakhir yang hingga sekarang menjadi beban. Yang sangat sarat.

Dulu ak ingat, bila ak nak rasa perasaan ponteng kelas, kak yana ketua dorm kata kena demam. Buat muka sakit sikit je, lepas tu duk diam2 dalam selimut, benda laen nanti dia settlekan. Dalam waktu minum pagi tu, Chekgu Malek ronda. Antara Chekgu yg ak takmau cari pasal sebab saiz badan dia mcm peninju.

Mula la gelabah, nafas pun tahan dalam selimut padahal tau Chekgu takan masuk dorm pompuan tiba2. Dia tanya..kenapa kipas on ni, ada orang ke? Kak Yana dengan tenangnya, sy ada Chekgu jaga adik dorm ni demam panas.

Chekgu kata ko suka la kan tak gi kelas, Kak Yana boleh senyum2 je tp selamat cobaan ponteng kelas pertama ak.

Lepas tu buat beberapa benda salah. "Fly", pakai kebenaran fellow cuolls..kira buat benda haram tp secara berdisiplin..hmmm whattt?

Dalam pembelajaran hidup tu..perjalanan itu indah. Ada keluarga yg menghantar doa di sudut yg jauh..ada kawan2 yg selalu membawa perasaan tertanya tentang banyak hal di dunia.

Sekarang sudah keluar dari fasa itu. Doa pon dah kurang. Ahlinya dah pergi. Jauh kembali pada Tuhan. Kawannya sudah melata ke bumi yang lebih panjang.

Dan sendiri. Fizikalnya ramai. Kadang2 bising. Tapi, hatinya sepi.
 
;