Apakah pandangan sejuk yang paling selamat. Takrif menundukkan pandangan adakah disekat setakat menjaga mata tapi bukan hati.
Kenapa mudah manusia mentafsir manusia lainnya, sedangkan siapa yang suka jika disalah erti.
Manusia itu rumit. Manusia itu aneh. Dan aku sendiri manusia. Suka tidak suka. Menemui manusia baru akan buatkan mindamu mentafsir.
Jangan kau beratkan keadaan yang perjalanannya sudah tersirat di Luh Mahfuz.
Cuba kau dengarkan kisah Penghulumu memakan oren. Cuba kau cerna wataknya ketika diancam nyawa.
HIKMAH.
Nabi itu melihat manusia untuk mengenali dan menyayangi bukan untuk menghukum. Kerana sesungguhnya yang layak menghukum itu hanyalah Dia. Tuhan.
Membuka mata sekarang kulihat bukan lagi hikmah. Manusia memandang bukan untuk bercinta sesamanya tapi mencari ruang mengenakan hukum.
'berkasihlah sesama insan. bercintalah dengan Tuhan'
-ringan sekali dicoret dan dibualkan setakat melayan secawan kopi pagi
namun berat teman. Berat sekali untuk menerima dan diterima bila kita punya beda.
Lalu mengalahkah engkau dengan perbezaan??
Bulatkan tujuanmu kawan. Kalau manusia sedar yang tujuannya kembali kepada sang Pencipta dalam sebaik baik keadaan, aku percaya takkan ada hati yang hitam dalam kalangan insan melainkan hubungan cinta sahaja.
-tulisan busuk2 lepas tau kelas dr cancel-
adoi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan