Jumaat, 20 Mac 2015

lega cket :)

dendam yang terlalu, buat aku lupa siapa aku (pontianak meriam,2004)

warghh teknik hilangkan stress terbaru tontonlah pontianak harum sundal malam. jangan sampai demdam sama kesedihan menelan umur kita yang tak tentu panjang pendeknya. nak marah tu memang nak marah. sapa tak marah kalau pengurusan asyik dia betul je. tapi semat dalam otak kecik tu..semua ini tulisan Tuhan. jangan pernah kau salahkan, buat sahaja sehabis baik. mungkin di penghujungnya tak ada pelangi tapi embun kesabaran yang menyejukkan.

kelas degree adalah paling unik sebab banyak betul pergaduhannya. ada saja benda tak kena. kalah drama masa sekolah menengah. tapi inilah pahit yang nanti dikenang manis. kalau 21 ini berpisah, pengalaman kelas standby laaa paling syok untuk diangkat 10 tahun mendatang.

buat yang terkena biasan stress aku. mintak maaf. kerana stok kesabaran aku masih dididik. harapnya tali kita masih utuh walau suatu saat persimpangan kita memisahkan.

#kuseru

2 ulasan:

Menjadi Physiotherapist~ berkata...

hoii!! jangan mengada nak give up!

eLbi berkata...

amboii kak komen nak kopipes jugakk hahahahaa

Catat Ulasan

 
;