ooo ni rupanya cinta. last call umi. 8.37 am - 5/4/2015 sebelum masuk exam hall. sebelum ni apa yang aku paham ialah cinta tentang perkongsian hati. tak kisah dua hati ke tiga hati ke..berhati hati banyak hati pon boleh. yang menjadikan dunia indah bila dihidupkan bersama. but then, cinta rupanya satu je. yang baru aku paham di saat usia di tahun ke 22.mari kita kongsi tentang cinta.
moga kalian mengenal dari sudut yang baru aku kenal.
aku= salam mi, nk exam ni 2 3 saat lg nop masuk..haha. org tido smlm sakit perut. macam xleh jawab je..biase stadi last minit mnjadi..xsangka sakit plakk. ayyo. sori mi, tp doa2 la kat org..
umi= hahaha boleh je tu.. hrmm xpelah umi lorat ni..ayah suh balik, cramp pulakk kat rumah..
aku= (nak sambung mengada sebenarnya..) oo oke. assalamualaikum
umi= tutut tutut
haha drama sangat.
maka terjadilah jugakk aku cramp sama dalam exam. gara-gara 0.5 saat bersangka buruk dan jeles sama ayah sendiri. ni salah setan yang buat aku fikir umi aku tak sempat nak membahagi kasih sayang sebab ayah yang dalam keadaannya sekarang memerlukan seorang umi lebih dari isteri.
punyalaa aku pikir haa ni mesti umi xsempat doa atau ingat pon kat aku..gaya berfikir pakai patella macam nilaa mengundang bahaya. di kesudahan cerita aku tak nampak jalan nak jawab exam.
tapi isi cinta kat sini bukan bahagian aku tak dapat jawab exam tu. isinya bermula dari setahun yang dulu lagi. pada saat dimana ayah aku merayu perpisahan sebab baginya perempuan biarlah dijaga seusianya..bukan disusahkan sebab kemalangan tiba-tiba.
masa tu yang aku nampak cuma seorang pakcik tertekan sebab tak boleh nak jalan dah. terkilan dengan keadaan yang menyekat tanggungjawab. aku nak marah dengan seorang pakcik tu. kenapa cepat sangat nak berputus harapan.
tapi sesungguhnya di dalam dewan exam tadi aku nampak sebuah cinta syurga. Amiin.
apa yang aku nampak?. aku nampak yang cinta itu sebenarnya satu je. siapa pon bahkan apa pon kamu., cintu itu selayakknya hanya untuk Tuhan. Tuhan satunya, Allah. bercinta dengan Allah maka kamu akan dapat segala cinta di dunia dan belakangnya. Punyalaa aku tertanya tanya apa yang dirikan umi di sebelah ayah hingga hari ni. sampai ayah yang dulu semangatnya terjelepok hari ini dah boleh jalan bertongkat. nak kata ayah hensem. macam tak. hahahaha ni la anak perempuan. haish. tak jaga market ayah langsung.
rupanya umi menjaga jalan syurga yang dititip padanya. kerana cinta pada Tuhan dan satu hari ingin bertemuNya. umi aku bukan ustazah. bukan ahli ceramah. mungkin umi tak kenal pon makcik qu putih tu..umi tak pandai pon main plant vs zombi. tapi umi aku istimewa kerana cinta besarnya.
teruskanlan kalian mencari cinta yang membuat rusuk kalian bergetar itu. biarkan aku dengan cinta aku. sebab umi bukan hanya menggetarkan rusuk tapi menggongcang seluruh saraf aku untuk masih tetap berdiri dan bercinta dengan Tuhan.
#akan kejar cita cita ayah nak tengok anak dia jadi sebaik heroin sinetron islamik kul 230 kat tv 3
#maka stadilah RKUD supaya x kecewa kali k2
#erk baru sebut nak stadi dah menguap
#wakaka
#post dituju pada mira. nah ambik. x reti nak stori tadi..

0 ulasan:
Catat Ulasan