terlalu banyak berkeringat mengintai asbab sedangkan hidup cuma segenggam. terlalu tinggi memandang langit sampai lupa kaki masih tetap di bumi.
sementara masa berdetik di ruangan jantung, kayuhlah roda hidupmu sendiri. jangan menunggu terputar sendiri kerana takdir lukisan di hujung jari.
fuhh. terlalu bosan media marhaen sekarang. dalam azabnya hidup bertualang, masih ramai kukira hanyut dengan hal2 remeh. kau dan aku tidak saling kenal, tapi kerana bermedia kita bakal menjadi musuh segera. lagi senang dari maggi 3minit. bahkan mungkin dalam satu saat, kau mampu membina puluhan malah ratusan kepala dan hati yang bakal membenci. itu hakikatnya, sudah sakit negara bertuahku.
aku rindu jauh. jauh ke hutan.
aku rindu damai. yang rumahnya tidak berpagar.
kerana hati2 sudah bersatu, tangan tetangganya masih jitu.
aku rindu terbang walau tidak tinggi.
jauh meresap bersatu mimpi dan realiti.
membenam jenuh ke dalam jernihnya sungai.
air rahmat yang menelan segala pahitnya berhidup.
namun,
bumi sudah tua,
dan penghuninya ramai yang buat2 lupa.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

0 ulasan:
Catat Ulasan