dulu ada yang selalu mengingatkannya
teman di saat sendiri
duduk disilakan
jatuh diangkatkan
sekarang perempuan itu ditinggalkan.
rindunya tertunduk bila wajah yg pergi kunjung lagi..
tunduk bersama seberat berat istighfar kerana sedetik melebihkan cinta kepada hamba sahaya
kelumpuhan kerana ditinggal bersama kenangan
berharap pada magis kasih tuhan kembali
mengutip semangat tabah yg tertinggal di jalanan hidup
kepastiannya satu detik, luka akan terubat
meninggalkan senyum bergaris tabah
perempuan itu dalam kerinduan

0 ulasan:
Catat Ulasan