Ak rasa dah susah sebanyak mungkin. Mengajar diri sendiri untuk membalas dan memberi. Itu yang sampai kekadangnya ada keluhan di hujung-hujung lelah.
Tanpa kebayang di balik pintu yang lain..ada yang jauh lagi berat dengan kelelahan. Ak terlalu sempit pada yang sakit sedang yang sihat semakin parah.
Mereka sudah besar. Mereka mulai berfikir dan bercanggahan.
Kuatkanlah hati budak-budak kecil itu yang sekarang badannya sudah berkembang dewasa. Terbiasa bersusahan dengan orang yang kehilangan kudrat sehinggakan mereka sendiri terabai ke tepi.
Salah dari ak kerana sempat lupa.

0 ulasan:
Catat Ulasan