Hari ni berapa haribulan pun dah hilang jejak kerana terbiasa berkurung sendiri tanpa ada deadline nak hantar apa2. Dengan harapan Tuhan pandang usaha kecil ini dan tidak memalitkan ak dengan Covid tu.
Sekarang tarikh yg ak ingat cuma 10 Oktober yang lalu. Tarikh salah percaturan. Hilang semua prinsip buat jahatku. Tarikh perbualan terakhir yang hingga sekarang menjadi beban. Yang sangat sarat.
Dulu ak ingat, bila ak nak rasa perasaan ponteng kelas, kak yana ketua dorm kata kena demam. Buat muka sakit sikit je, lepas tu duk diam2 dalam selimut, benda laen nanti dia settlekan. Dalam waktu minum pagi tu, Chekgu Malek ronda. Antara Chekgu yg ak takmau cari pasal sebab saiz badan dia mcm peninju.
Mula la gelabah, nafas pun tahan dalam selimut padahal tau Chekgu takan masuk dorm pompuan tiba2. Dia tanya..kenapa kipas on ni, ada orang ke? Kak Yana dengan tenangnya, sy ada Chekgu jaga adik dorm ni demam panas.
Chekgu kata ko suka la kan tak gi kelas, Kak Yana boleh senyum2 je tp selamat cobaan ponteng kelas pertama ak.
Lepas tu buat beberapa benda salah. "Fly", pakai kebenaran fellow cuolls..kira buat benda haram tp secara berdisiplin..hmmm whattt?
Dalam pembelajaran hidup tu..perjalanan itu indah. Ada keluarga yg menghantar doa di sudut yg jauh..ada kawan2 yg selalu membawa perasaan tertanya tentang banyak hal di dunia.
Sekarang sudah keluar dari fasa itu. Doa pon dah kurang. Ahlinya dah pergi. Jauh kembali pada Tuhan. Kawannya sudah melata ke bumi yang lebih panjang.
Dan sendiri. Fizikalnya ramai. Kadang2 bising. Tapi, hatinya sepi.

0 ulasan:
Catat Ulasan