Selasa, 17 November 2020

conscience

nak jadi manusia yg berprinsip.

prinsip?
huh

kerja. inshaAllah setakat ni banyak merasai pengalaman part time. manis dikenang, takmau diulang.

jadik pelayan kat kedai mkn thai kampung seberang byk ajar ilmu masak. dari pelayan naik taraf jadik assistnt chep. nama nak grand. tp masak nasi sediakan bahan susun pinggan je. jam 1pgi umi kedek2 ambik, otw balik layan bintang. biasalah. kampung bintangnya lagi terang.

kerja jauh sikit, org cuti kau kembara lipis, jaga bazar, canai kuih jaga imad dan abid. hurm dah besar agaknya baby boolat. part ini yg byk keluhan. dimana dlm kemelayuan niaga, layu agama. kau solat kau rugi kau tak solat kau untung.

dek kau pi mana tggalkan bazar, solat? nnti kang org curi ke dtg kucing ke?

biarkan kucing. kucing x solat.

yg eksaitednya tidur loteng tu. loteng papan..agak2 masa tu kalu aerobik mau ak terjunan bebas ke depan tv besar tauke. nasib gadis melayu, walau tak terakhir boleh jalan gerak sopan2 lagi.

gigih. itu yg lahir dah abes di lipis. ak rasa ak gigih.

lepas tu masuk dengkil. ambik nak. keje pertama ada slip gaji. ada kwsp lg. cashier je tapi di restoren berangkai. banyk belajar masakan sunda. pergh sambal dia.

kat sini masih saudaraku. islam. tapi saudara kali ini perasaanya jauh. agama melayu pada tulisan. tudung ak x labuh. biasa2. agama diorang pakaiannya islam. tulisannya jawi. debatnya quran. belajar lgi. memerhati pada sosok melayu yg kemudahannya lagi ringan tapi menafikan. nak dibanding jiran bertandang jauh jalan kaki, rela berjumaat dalam masjid. selang dua tiga hari dpt berita acheh gempa. sorang tu maknya kritikal dihempap lemari masa sujud plak. tapi tak balik dia. sbb susah. terus gi surau. sujud syukur maknya masih hidup. keluarga tak hilang bagai tsunami sblumnya.

yg sebaju, fikiran tak sama. 

ak belajar lgi. untuk lebih mnghargai timing tuhan. jgn lggar fitrah. kau sedih kau nangislah..tp sebelum hingus kering cepat2 cari apa yg dah tuhan ajar kau.

ak suap adek kat belakang. agak2 kalau keje xtelus untuk layan perut sendiri kau x rasa bersalah mana. tapi sebab adek2 ak cute patuh dan baik. prinsip utama keje ak adalah telus. biar perutnya kenyang dgn telus. supaya nasibnya sudah x kubimbang. Tuhan cover.

jalan hidup yg kita pakai mata kita nmpak kesusahan, tapi sekali sekala bila guna kanta kau akn nmpak pelajaran.

lepas tu tuhan hadiahkan madu. ak dpt lunaskan passion sbagai cik fisio. sebab dah byk keje sblum ni yg mendidik, ak jadi nekad nak sempurnakan keseluruhan hidup disini. sehingga tuhan memilih untuk ak berhenti. cuma dihentikan dia.

ada strong, invicible rope antara ak dgn patient. sbb pt pertama adalah family member sndiri di tahun aher pengajian, dari lumpuh pd berjalan. ak tahu tuhan cuma nak kita mintak dan gerak. Dia akn selesaikan selebihnya.

tunggang terbalik tapi setakat ni masih tegak. selalu terkalih, tp tegakkan kembali.

dont attack someone that got nothing to lose

kali kedua dilayan mengemis, ak pilih untuk sekat dan dindingkan azam 2019.



p/s☝️jumpa kat bahagian draft..🤔hmm ape pasal tidak post sblum ni..ko pon xpaham diri ko..hahahah

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;