Rabu, 11 Ogos 2021

hadiah buat diri

😘😘😘
aku syg kamu
bisik pd hati kecil sendiri

sejak faham hakikat..ak mula..memberi hadiah pd diri sendiri

ceritanya,
kurasakan dari asli semuanya berkisar aturan
tiada satu berkenaan pilihan tangan

darjah satu masuk kelas kedua
ayah sruh belajar, jgn pernah terkeluar dari kelas no 1
tiada pilihan, sehingga pegang sijil akhir tahun ak budak kelas no 1

ak cinta lukisan kejuruteraan
2 minggu pertama kelas dah terbayang di mata suatu hari akan ada bangunan dariku
ayah suruh masuk mrsm, ambik biologi
kata org tua itu, perempuan jgn pilih minat lelaki, risau nanti berebut kerja
tiada pilihan, habis air mata kering rasa, telah kusarung jubah graduasi bersijilkan fisioterapi

sehinggalah kerjaya..semua aturan

itu yg awalnya ku faham

sehingga di hujung nafasnya, org tua itu pesan
"jaga adik2"

hati ak yg tak baik ini setelah kepergiannya, selalu merasakan terikat dgn berat

kenapa aturan yg selalu dtg
tidak berhak kah untuk ak gelak lebih gembira tanpa fikir tentang pilihan yg tiada
kenapa tidak akhirnya dia berkata
"berbahagialah dgn hidupmu.."

hahhaahahhaaa
timbang balik ukur sukat
rupanya otakku yang singkat

aturan tu teras dia sayang bukan
sayang yg setelah kehilangan baru ku faham rahsianya

dia tahu ak faham laju, tp takut bercampur
dia paksa sekolah, letak matlamat
supaya kurang kisah pd sekeliling
akhirnya kulupa tekanan berfikir pemikiran org
hasilnya..ye setiap tahun kelas no 1

dia perhati dalam permainanku di kebun kecil bunga
bukan susunan pasu mnjadi keutamaan
tapi takjubku pada kembang biak, pohon yg dicantas, dicantum dan tumbuh menjadi lebih cantik dari sebelumnya
dalam ak mencari ak, dia terlebih dahulu menyapa
hasilnya..sampai ketika ini, setiap saat diisi dgn topik anatomi, euphoria dtg padaku

dan kata akhirnya
"jaga adik2" bukankah sama dengan kebahagian terbesar ak
jadi kenapa perlu berpesan lagi bnda yg serupa


haaaaaa hasanah
lambat
kau selalu kalah dgn ayah
belum sekalipun menang😅

ada suatu hari, mengalah xpandai bawa motokar
dia masih hidup kala itu,
katanya meh la nak ajar,
ak tolak, memandangkan dia xmampu duduk lama..kang xpasal berpapah

"eleh, xpayah la..xleh punya" kata diri yg berseloroh

ayah kata, huhhh kapal terbang pon ayah boleh ajar la

"memag tidok ler, naik pon takut, takan jejak la flight"

dia balas, pecayalah, suatu hari dia akn paksa naik kapal terbang.

dan 
meninggal pon dia masih menang
sebab trlalu tiba-tiba
hari tu..aku terpaksa terbang
dan dia, mcm biasa menang..

sekarang boleh kenang dgn bangga
ayah manusia paling dekat yg aku kenal sgt berpandangan jauh
dia kenal setiap satu warisnya
dia tahu semua keputusannya

dan hari ini
jiwa ini lebih tenang
ak syg kamu.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;