Rabu, 20 Mei 2015

ihsan pada diri


dah berapa kali sampai kat tempat ni, macam dalam rumah tapi tiba2 dah kat luar yang macam hutan. takde rasa takut cuma tertanya-tanya, apa sebenar tempat ni. asing tapi acap kali muncul. ada sister tu tenung aku. ada tangga antara 3 bilik. kat tengah laut, tiba-tiba suara lelaki bergema di langit.

'kalau kamu sujud syukur..kita akan berjumpa'

terus cahaya kembang berserakkan tembus sampan membuai di air tenang.

20/5/15 - mimpi paling pelik seumur hidup di pagi hari. yang lagi pelik, aku bangun dan terus sujud syukur.

hurm. dan mulakan pagi dengan pertanyaan paling berat. apakah aku diseru orang jauh yang tak tercarikan. atau dah meninggalkah dia di mana-mana. aku dah makin lupa raut dan senyum. tinggal hanya bayang dan kertas lukisan.

atau mungkin sekadar mimpi mogok exam. haha. betul dah tuh. pengajaran bagi orang- orang malas. kerana membuang masa adalah tidak disukai Tuhan.

dengan semangat taknak malas maka berlakulah diskusi kecil hari nih. haha. betul dah adek2 aku bilang, kalau kakaknya ini enggak bisa kok jadik itu namanya guru. nota otaknya tak tersusun, percakapan merapu, penyampaian tak jelas.. dan memang aku tak pernah pasang cecita chekgu ponn.

tapi bahagia ialah bila kita yang buat orang laen rasa gumbira. mungkin aku tak buat benda besar pon, join bincang pon dengan orang-orang hebat kott, bukannya budak2 pra sekolah..tapi itulah berjaya jugakk habiskan separuh tajuk!!!! yippi..

#sebbaekkelaskomunitiservisbolehbuatkejesendiri
#banyaktakstadilagi
#bilamalammoodtgopcitermembuakbuak

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;