tulikah telinga oleh mata yang tidak melihat. digagah siku menyeret lantai mengharap sampai di hujung sinar.
jangan ditiup selesa pada jiwa yang merapuh kerana goyah itu menyakitkan badan seluruhnya. ketidakpastian membunuh dalam senyap. tawa mungkin terburai tapi hati makin jauh. penat dengan ciptaan jangan pada Pencipta.
di atas sandaran apa kamu berpaut. jatuh tidak berdasar. naik tidak berpuncak. di hujung berat dan lelah masih ada harap. mungkin yang satu itu masih memaku.
arghh lepaskanlah merpati di telapak tangan yang tidak kau ikat zahirnya. betapa dia mengharap bebas tapi cinta menuntut jangan pergi.
lalu didepakan tangan, mengharap dilanggar angin damai.
moga doa yang tidak dituntut Penghulu segala isi bumi dengan Tuhannya, menjadi syafaat bagi aku dan kalian.
cehh konon laa berpuisi.
baru sampai yuyaiyae dah terkenangkan ubay. budak slow learner, dia adek aku. takkan terkedip mata memerhatikan dia. anugerah. mungkin slow luarannya. lambat belajar tak macam orang laen. (macam laa 6 lagi genius sangat..hahah) tapi patuhnya, dengarnya, tertibnya mengalahkan aku yang biasa-biasa. suka melukis. asal mendapat pena. di batang pokok yang masih utuh pon boleh diconteng dia. asal terlakar rasa. dimana itu yang kedua.
cuti ni, aku nampak satu lagi kelebihan ubay. apa je pokok dia tanam, bagai ditanam dengan jiwa yang bercinta dengan alam. maka hijau itu tumbuh segar melata dan membiak mekar. mungkin dia perlahan dalam pembacaannya, kalah dengan acu yang jauh lebih budak. tapi ubaylah yang berlari lari menuju umi ayah bilamana namanya terseru. takkan dibiar orang tua memanggil lelama. kalau nak harap budak apih tu, haish kecik besar je .. suka buat-buat tuli bila dah dapat game dia.

0 ulasan:
Catat Ulasan