Isnin, 29 Oktober 2018

dongeng kasut koyak dan shopee

bunyinya sangat cinderella bukan? herherher

bukan. ini kisah marhaen sahaja.

bermula dgn nak dijadikan cerita sampai saat ini tak ada lagi rezeki berkenderaan, tapi Alhamdulillah dua kaki gagah masih steady (brg pinjam juak)

dulu waktu belajar ada syero, nak kemana2 tinggal bagitau je. senang punya kawan untuk disusahkan😅

tup tup, sekarang ni bah waktu keghoje pon nak kena menumpang jugak. mungkin hingga saat ini Tuhan nak didik hati keras menjadi tebal dengan malu dan menghimpun qanaah. biar berputik dan bertunas.

cuma. manusia. kadang tebal pon tak tebal mana. sudah usaha seboleh mungkin nak kurangkan menyusahkan orang. buatnya pulak kalu ada patient malam. barai mencari grab. sekali lagi, takpe Tuhan tolong.

ops, ni nak citer lain, pengenalan sudah 10 perenggan😂

maap. sebenarnya nak citer kesalahan penilaian mata seorang aku. ye, masih manusia, belum kerusi.

alkesahnya dulu, kalu tengok kekawan shoping online pakai shopee atau lazada, terkutik di hati, beruntungnya dia wahai Tuhan. aku nak.

srett, minggu lepas mai la budak simosh lepak bangi, suruh install shopee kat fon bila aku kata susah nak keluar cari kasut koyak.

apaaa??? zoom in n out macam dalam sinetron. apaan sehh, emang adek gue fasih shopee ye??

macam2 difikiran, budak ni melecehkan ke duit pembiayaan mara dia, atau dia terpengaruh ke dengan kawan2 taraf tinggi, atau apa dan apa lagi.

rupanya. pelajaran kemas. pelajaran mendidik hati aku sendiri. dia ckp pakai shopee kalu pakai ilmu tu lagi jimat. tak menyusahlan orang. banyakkan membaca, buat kajian. gunakan hak dapatkan barang terbaik ikut kemampuan.

okeeeyyyy. aku diajar.
jangan menilai apa pun penulisan Tuhan dengan logik akal cetek. nilai dengan sentiasa mengingati besarnya rahmat Dia.

kerana penilaian logik jika tersalah ialah palsu. penilaian berlandaskan kebesaran Tuhan tak pernah meleset kerana Dia satunya Maha Besar.

at least, dalam aku tidak bersyukur dan membandingkan diri dengan kelebihan orang lain pun Dia masih sudi nak temukan aku dengan hikmah drama dunia. aku tidak ditinggalkan.

p/s xtau bebel apa, jenguk shopee sat, sekurangnya dapat mimpi poi shoping mall🤗

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;