Rabu, 31 Oktober 2018

Taqwa itu sebagiannya Ikhlas

:)

Ikhlas, tapi ak suka sebut ekhlas berbanding ikhlas. Bunyinya klasik. Apa- apa aja.

Ada auto play kat youtube, termain lah satu video, tak ingat dah tajuk apa sebab pagi2 kebetulan sekilas lalu masa tengah siap2 nak berjuang.

Bunyinya lebih kurang, "Taqwa itu sebagiannya ikhlas. Memang mudah merasa ikhlas..?" Dan seterusnya..

Tak ingat sangat kandungan tepat butir bicara abam youtube, tapi hari ni, ada sorang staf cawangan lagi satu cakap sedih sebab semua orang capai KPI, dia je tidak. (Padehal cawangan ak, berlambak tak capai, hikhik)

Sebab dia sedih, kata2 pun tak dapat keluar kerana lama cuba menafsir apa yang terbaik harus dilontar. Takut makin terhiris dan dilema, sedang dalam hati tahu itu cuma masalah kecil dan tiada keperluan untuk dihitung penyesalan.

Tadi cuma dapat bagitau, alahh takpe, sekurangnya dah bantu sekian2 orang pesakit, dah banyak tu, lagipun masih maintain sama dengan bulan sebelumnya. Asalkan rawatan kita berkualiti dan membantu, jangan tengok sangat pada bilangan. Cuma dalam hati gentar, bimbang terbidas kerana telinga yang paling dekat ada di kepala sendiri.

Ada saja waktu yang rasa tidak bersyukur terpelanting dari dalam diri. Terluah dengan dengusan dan bentakan kecil pada kerja2 yang tidak pernah menjauh.

Moga Allah maafkan.

Bekerja dalam bidang melibatkan orang2 memang beginilah. Harus banyak belajar memahami sifat dan sikap. Memahami, bukan menghukum.

Opss, eksaited pulak tulis blog sebenarnya dua tiga hari lagi nak gaji ni, tak sabar. Sebab akhirnya bulan ni ak dengan along berjaya kumpul duit belikan ayah kereta :)

Dia dan boleh jalan. Pakai tongkat. Dulu dah mintak kalu makin sihat nak kereta sebab kos travel hospital memang meninggalkan parut yang dalam.

Tapi sayang kereta tak warna merah, kalu tak boleh nyanyi bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta :D

OPSSS

My Bad
memang dua tiga hari ni cakap bersimpang siur tak tahu mana kepala mana ekor. Ni debaran nak buat slides talk kat Petronas ni.. (Tutup blog, bukak google scholar)

0 ulasan:

Catat Ulasan

 
;